KUALA LUMPUR – Tindakan khianat pihak tertentu bukan sahaja
mengakibatkan sebuah kereta dan enam motosikal musnah dibakar malah
menyebabkan tujuh penghuni termasuk dua kanak-kanak sesak nafas selepas
terhidu asap tebal semalam.
Kejadian pukul 5.05 pagi di Blok R Flat Sri Kuching dekat Taman Seri
Kuching di sini itu berlaku ketika rata-rata penghuni masih nyenyak
tidur.
Mengimbau semula kejadian itu, pemilik kereta jenis Proton Saga, Meoh
Bee Leong, 52, berkata, dia terus ke tempat letak kereta selepas
dikejutkan isterinya yang terdengar bunyi kecoh meminta supaya penghuni
mengalihkan kenderaan masing-masing.
“Sebaik tiba, saya lihat api sedang marak membakar motosikal dan
enjin kereta saya. Saya cuba mengalihkan kereta namun gagal kerana api
merebak dengan pantas,” ceritanya ketika ditemui di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan