26 Disember 2012

Pasar raya dipecah masuk

12 Safar 1433H. [MOD] -


Laluan pecah masuk di salah sebuah pasar raya di daerah ini, awal pagi semalam.
Laluan pecah masuk di salah sebuah pasar raya di daerah ini, awal pagi semalam.
 
REMBAU – Sebuah pasar raya di daerah ini kerugian wang tunai kira-kira RM100,000 selepas premis berkenaan dipecah masuk awal pagi, semalam.

Kejadian terbabit hanya disedari penyelia pasar raya berkenaan yang terkejut apabila mendapati ruang atas siling pasar raya berkenaan terbuka sebaik sahaja memasuki premis berkenaan bagi memulakan operasi perniagaan sebelah pagi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, pihaknya tidak menolak kemungkinan ianya dilakukan sekitar jam 3 hingga 4 pagi dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti individu terlibat.

“Buat masa ini, suspek dipercayai menceroboh masuk melalui bumbung bagi melarikan wang tunai yang terdapat di dalam peti keselamatan di pasar raya itu.

“Malah, suspek juga dipercayai merosakkan sistem kamera tertutup (CCTV) yang dipasang di pasar raya berkenaan bagi mengelak aktivitinya dirakam,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, individu yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Rembau di talian 06-6852222 atau balai polis berhampiran.

sinar/-

Tiada ulasan: