26 Disember 2012

Tiang elektrik condong

12 Safar 1433H. [MOD] -

Tiang elektrik condong
Kedudukan tiang elektrik yang condong membahayakan pengguna jalan berkenaan.
 
BIDOR - Keadaan beberapa tiang elektrik di pinggir jalan Kampung Pos Gedong yang semakin condong dan dikhuatiri akan tumbang pada bila-bila masa, membimbangkan penduduk kawasan itu.

Penduduk, Bah Heck a/l Bah Gunung, 48, berkata, tiang elektrik berkenaan terletak di   laluan utama penduduk perkampungan Orang Asli ke pekan berhampiran.

Menurutnya, penduduk bimbang jika tiang berkenaan tumbang dan menimpa pengguna jalan berkenaan jika tiada tindakan segera dilakukan.

"Tiang itu menjadi condong akibat ditimpa pokok mati dan walaupun masih tiada kemalangan berlaku namun, kami memohon agar pihak berkenaan untuk ambil tindakan segera,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

Sementara itu, Tok Batin Perkampungan Orang Asli Pos Gedong, Dahari Nanap, 48, berkata, perkara itu telah diadukan kepada pihak berkenaan namun, masih belum mendapat apa-apa tindakan.

Katanya, jika masalah itu tidak dibaiki segera, beliau bimbang penduduk di kawasan Pos Gedong akan purus bekalan elektrik.

“Oleh itu, saya minta kepada pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini segera demi kebaikan 538 penduduk di Kampung Pos Gedong,” katanya.

sinar/-

Tiada ulasan: