17 Januari 2013

Tentera Perancis lancar pertempuran darat di Mali

5 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Tentera Perancis telah memulakan pertempuran daratan secara terus terhadap pejuang kumpulan Ansar al-Dine yang dikaitkan dengan al-Qaeda di Mali.

Memetik Sanda Ould Boumana, jurucakap bagi Ansar al-Dine, wartawan Al Jazeera Nazanine Moshiri dari Bamako melaporkan Rabu lalu bahawa tentera Perancis telah bergerak 400 km ke utara dari ibu kota Mali dan menyerang Diabaly, sebuah bandar di tengah-tengah Mali.
Beliau memetik Ould Boumana sebagai berkata bahawa "pertempuran berlaku 2km dari pusat Diabaly, jauh dari orang awam".

Pejuang Ansar al-Dine dan sekutunya Tuareg menduduki utara Mali pada April 2012

"Sumber ketenteraan di tentera Mali memberitahu Al Jazeera bahawa pasukan khas Perancis berjuang di bandar," katanya.

Edouard Guillaud, Ketua Kakitangan Tentera Perancis, berkata operasi daratan Perancis di negara Afrika Barat telah bermula dalam tempoh semalaman.

Wartawan kami berkata tindakan ketenteraan tersebut dijangka bakal menjadi "sukar" bagi Perancis.

"Ansar al-Dine dan lain-lain kumpulan pemberontak bersenjata yang mengawal kawasan tersebut mahir dengan rupa bumi tempat berkenaan, dan mereka mempunyai senjata yang sangat canggih," katanya, merujuk kepada pemberontak yang mengawal bahagian utara Mali.

Beliau berkata kontinjen Nogeria yang pertama yang mempunyai kira-kira 190 askar dijangka tiba di Mali Khamis ini.

Parlimen di Niger sedang menunggu kelulusan untuk menghantar kontinjennya sendiri yang mempunyai lebih daripada 500 orang askar, yang sedang menunggu di sempadan, lapor wartawan Al Jazeera, Moshiri.

Pemberontak juga bertempur dengan tentera Mali dan Perancis  Rabu lalu berhampiran Konna, sebuah bandar yang apabila ditawan pemberontak minggu lepas memaksa Perancis untuk melancarkan serangan ketenteraan, kata sumber keselamatan Mali.

"Pertempuran sedang berlaku tidak jauh dari Konna antara Islamis dan tentera kita, dengan kita mendapat sokongan dari tentera Perancis," kata sumber keselamatan Mali.

Satu sumber keselamatan serantau mengesahkan maklumat berkenaan, tetapi tiada maklumat berkenaan sokongan dari tentera Perancis. (aljazeera.com)

harakah/-

Tiada ulasan: