28 April 2013

Husam: Saya hanya ajak Dr M minum teh, bukan debat

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Datuk Husam Musa

Datuk Husam Musa
PUTRAJAYA - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa hari ini berkata, beliau tidak pernah mencabar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar berdebat dengan beliau.

Sebaliknya, calon kerusi Parlimen Putrajaya ini berkata, beliau hanya mengajak bekas Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu "berminum teh" dengannya.

Menurutnya, apa yang telah dilakukan Dr Mahathir yang membawa negara ke arah kemajuan pada zaman pemerintahannya perlu dihormati dan dikagumi.

Beliau juga berkata, niatnya yang sebenar adalah untuk menjemput Dr Mahathir minum teh dan beramah mesra.

"Saya tak pernah mencabar kamu... saya tak pernah mencabar dia walaupun semalam dia kata saya ajak dia berdebat.

"Semua orang hormat dia, saya pun hormat dia," katanya pada majlis Mini Karnival Kanak-kanak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Husam yang juga calon Parlimen Putrajaya berkata, namun kritikan perlu dilakukan untuk menjadikan negara semakin baik dari semua aspek.

"... saya hormati dia, tapi saya sentiasa mengkritik dia, itu hak kebebasan bersuara," katanya lagi.

Sinar/-

3 ulasan:

Awanama berkata...

Tun Mahadir tak minum tea,. Ajak dia minum kopi tongkat ali.

Awanama berkata...

orang ni kalau dah takut dengan org lain ajak minum pun dia ingat ajak bergaduh.hahaha

M S HASBID berkata...

Datuk tak usahlah melayan jantan anak mamak ini....tengoklah dia tak habis2 membuat fitnah terhadap DSAI. Biar dia mampus