31 Mei 2013

Bantu bebaskan tahanan: Tahniah kepada Juham

21 Rejab 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) yang terletak di bawahnya di atas tindakan pantas mereka membantu membela tahanan sehingga mereka dibebaskan pada jam 11.00 malam 28 Mei dan didakwa 29 Mei.



(Tamrin Ghafar, Tian Chua dan Haris Ibrahim dibebaskan oleh mahkamah 25 Mei lalu setelah berehat di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Balai Jinjang.)

Pemuda PAS menganggap tindakan pantas Juham memaksa pihak polis membebaskan tahanan ini lebih awal tanpa di reman lanjut bagi membolehkan mereka di dakwa di mahkamah di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.


Pemuda PAS mengharapkan Juham agar bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang buruk kerana belum ada tanda politik negara reda daripada sebarang penangkapan dan dakwaan. 



Demikian kata Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam tulisannya.


harakah/-

Tiada ulasan: