18 Rejab 1434 H. [MOD] -
Kuching: Hospital Umum Sarawak (HUS) sekali lagi digemparkan dengan kes kebakaran semalam menyebabkan 62 pesakit dari Wad Ginekologi dipindahkan selepas mesin penyahkelembapan di bilik nuklear perubatan terbakar.
Dalam kejadian jam 12.26 tengah malam itu, mesin berkenaan dilapor mengeluarkan kepulan asap tebal, sekali gus memaksa pihak pengurusan hospital memindahkan pesakit ke tingkat bawah sebagai langkah berjaga-jaga.
Berikutan kejadian itu, tiga jentera dan unit bermotosikal serta Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) membabitkan 33 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Padungan dan Batu Lintang bergegas ke lokasi pada jam 12.32 tengah malam.
Penguasa Bomba Bahagian Operasi Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Sarawak Sabarudin Mohamad berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.55 tengah malam.
Katanya, kebakaran kecil itu hanya menyebabkan 20 peratus bilik nuklear perubatan hospital berkenaan terbakar, namun asap tebal menyebabkan seolah-olah api merebak ke bahagian lain.
METRO/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan