Klang: “Sayu hati saya melihat keadaannya yang terbaring kaku dalam
keadaan mata kanan terbuka dan mulut berbuih,” kata R Kalaranjini, 19,
saksi yang menemui mayat kanak-kanak berusia 11 tahun di tempat letak
kereta di Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini, malam kelmarin
Mangsa, Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor dipercayai mati kurang 24
jam sebelum mayatnya ditemui jam 10.30 malam dan polis percaya
kanak-kanak itu menjadi mangsa jenayah seksual berdasarkan kewujudan
kesan darah pada kemaluannya.
Kalaranjini berkata, dia lalu di lokasi kejadian untuk ke sebuah
restoran bagi membeli nasi lemak dan terkejut sebaik melihat mangsa
terbaring di kawasan yang kebiasaannya menjadi tempat parkir bas kilang.
Menurutnya, keadaan kawasan itu yang terletak 200 meter dari rumah mangsa agak terlindung serta gelap kerana tiada lampu jalan.
Menurutnya, keadaan kawasan itu yang terletak 200 meter dari rumah mangsa agak terlindung serta gelap kerana tiada lampu jalan.
ACHA tidak dapat menahan kesedihan mengenang nasib anak perempuannya.
“Pada mulanya saya menyangka budak itu tidur, tapi mula curiga apabila dia langsung tidak memberi maklum balas apabila saya memanggilnya. Saya kemudian meminta seorang lelaki yang melalui kawasan itu
menghubungi polis,” katanya. Kalaranjini berkata, polis dan
ambulans tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian dan selepas
pemeriksaan, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.
metro/-
1 ulasan:
Kesan daripada video sex sewaktu kempen pilihan raya.Puaslah hati bagi orang-orang yang menyebarkan video tersebut.
Catat Ulasan