20 Jun 2013

Angka korban hujan lebat di utara India meningkat 150 orang

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -

DEHRADUN, India 19 Jun - Angka korban akibat hujan lebat di utara India meningkat kepada 150 orang hari ini ketika kira-kira 65,000 yang lain masih terperangkap di seluruh negara akibat bencana dibawa oleh monsun.

Menurut pegawai, pihak berkuasa hari ini terpaksa menggunakan helikopter tentera bagi mengugurkan bekalan kecemasan kepada pelancong dan penduduk yang terperangkap.


Menteri Dalam Negeri, Sushil Kumar Shinde memberitahu pemberita di New Delhi, kerajaan kini giat menjalankan usaha menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap selepas hujan reda.

Pihak berkuasa memberitahu, angka kematian mungkin meningkat secara mendadak kerana usaha menyelamat sedang dijalankan.

Pegawai tempatan, S.K. Rautela pula berkata, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan beberapa mayat di bawah runtuhan rumah dan operasi menyelamat akan berjalan dengan lebih lancar apabila hujan berhenti sepenuhnya.

Hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di Uttharakhand dan mengakibatkan jambatan, rumah serta beberapa bangunan lain runtuh dan dihanyutkan air.

Ketua Setiausaha Uttharakhand, Subash Kumar berkata, kira-kira 21 buah jambatan runtuh di negeri itu sekali gus menghalang jalan masuk ke kampung-kapung.

Menurut jurucakap tempatan, sebanyak 40 kem bantuan telah didirikan untuk menyediakan makanan, air dan bantuan lain kepada mangsa yang terkandas. - AFP



Tiada ulasan: