20 Jun 2013

Gelaran 'Datuk' Tidak Diiktiraf Kelirukan Orang Ramai

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA: Penganugerahan gelaran dan anugerah oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai ketua dan pemimpin secara tradisional bukan isu baru, tetapi ia menarik perhatian apabila ucapan tahniah disiarkan dalam akhbar.
Salah satu contoh adalah iklan (gambar) di dalam sebuah akhbar berbahasa Cina pada 5 Jun lalu yang mengucapkan tahniah kepada 'Datuk' Sebestian Koh, yang telah diberi anugerah Dato Kehormat Undang Naning.
Presiden Majlis Datuk Persekutuan Malaysia Datuk Danny Ooi mengakui berlaku kebimbangan awam terhadap penganugerahan gelaran yang tidak diiktiraf dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.


"Ia bukan satu isu baru dan ia telah menjadi perkara biasa bagi individu yang menggunakan gelaran yang tidak diiktiraf sama ada oleh kerajaan persekutuan atau negeri," katanya.
Beliau berkata majlis itu telah merangka satu senarai nama mereka yang diberikan anugerah persekutuan supaya orang awam dapat melihat pengesahan status mereka.
Beliau berharap semua negeri akan mempunyai Majlis Datuk mereka sendiri.
Ooi berkata setakat ini hanya Melaka, Pulau Pinang, Pahang dan Johor mempunyai majlis itu sekarang.
Presiden Majlis Datuk Melaka Tan Sri Ahmad Nordin Md Amin berkata, hanya anugerah yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara yang benar-benar diiktiraf. 
mStar/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang sekarang gila gelaran tapi umum mengetahui banyak yang membeli gelaran sahingga jadi sendaan.Tiap2 tahun beribu diberi gelaran dan jika tak cukup di buat buat gelaran baru,
Dizaman pejajahan dulu orang yang dah besara atau hampir besara baru diberi gelaran kerana benar2 terbukti jasa dan sumbangan mereka.
Sekarang kita lihat beratur yang begelar nak masuk pintu penjara atau berada dalam makhamah dalam kandang tertuduh.
laku lagi ke gelaran?