20 Jun 2013

HARUMKAN NAMA PERAK: KESAL QARI TIADA PERHATIAN

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak sedikit hampa kebiasaan selepas Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Perak akan ada pengumuman-pengumuman seperti minggu lepas, 12 Jun yang lalu apabila pihak kerajaan negeri telah menyampaikan sumbangan bernilai RM 10,000 kepada Zainudin Lot yang juga jurulatih projek Everest-Felda 2013. Tetapi pada 14 Jun pula, nama Negeri Perak sekali diharumkan apabila Anuar Hasin, Qari yang menjadi Juara di Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56 di Kelantan seperti tiada pengumuman.

Pada Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun 2008 yang lalu, Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah memberikan sumbangan kepada juara Qari dan Qariah ketika itu yang berasal daripada Perak, Shamsul Ariffin Supian dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohammad Badiuzzaman berjumlah RM 10,000 seorang atas mengharumkan nama Perak. Dan sepatutnya, Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir turut mengumumkan sumbangan kepada Qari yang telah berjaya tersebut.

Kami terus mengharapkan pihak kerajaan negeri memberikan pengiktirafan kepada bidang Keagamaan dan meneruskan lonjakan kepada mana-mana pihak yang akan mengharumkan nama Perak di masa akan datang kelak. Walaupun jika pihak kerajaan negeri ‘terlepas pandang’ akan perkara tersebut, ianya masih tidak terlambat lagi bagi memberikan semangat dan galakan. Kami akan sentiasa ‘berjiwa besar’ menyokong dan bersetuju jika pihak kerajaan negeri perihatin dan berusaha meningkatkan bidang Keagamaan yang termaktub dalam kuasa kerajaan negeri.


DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Timbalan Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: