24 Jun 2013

Kiandee, Ismail Dilantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat


15 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee (gambar) dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas pembangkang gagal mengemukakan calon mereka dalam tempoh 14 hari sebelum Parlimen bersidang.


Kalau pembangkang tidak berpuas hati kenapa tidak fail notis cadangan kepada pejabat Speaker 14 hari sebelum persidangan hari ini (Isnin).
"Saya tidak boleh melonggarkan peraturan mesyuarat kerana kegagalan anda berbuat demikian," katanya ketika mengumumkan pelantikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru.
Sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mencadangkan agar Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mewakili Pakatan Rakyat.
Kiandee dan Ismail merupakan dua nama yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam surat bertarikh 6 Jun lalu kepada pejabat Speaker.
Ini merupakan penggal kedua Kiandee dilantik sebagai Timbalan Speaker.
Pelantikan Ismail yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengisi kekosongan satu lagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan beliau tidak boleh memegang jawatannya sebelum ini.
Mstar/-

Tiada ulasan: