KHARTOUM: Lebih 300,000 penduduk di seluruh Sudah dilaporkan terjejas akibat banjir besar yang melanda negara itu dengan 50 orang maut dalam bulan ini, kata Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hari ini.
Ibu negara Khartoum adalah kawasan paling teruk dilanda banjir dan ia adalah terburuk dalam tempoh 25 tahun.
“Hujan lebat dan banjir di Sudan setakat ini sudah mengorbankan banyak nyawa dan kerosakan harta benda bagi 65,957 keluarga atau 320,000 penduduk,” kata WHO dalam laporannya.
Sehingga semalam, 48 orang terkorban manakala 70 lagi cedera manakala kerosakan harta benda dilaporkan melanda 14 daripada 18 negeri di Sudan.
Menteri Dalam Negeri Sudan, Ibrahim Mahmoud Hamed bagaimanapun memberitahu jumlah korban akibat banjir kini meningkat kepada 53 orang sejak seminggu lalu.
WHO berkata, apa yang menjadi perhatian utama mereka adalah masalah kesihatan susulan bencana alam berkenaan.
Bantuan asing untuk mangsa banjir mula tiba dari Maghribi, Qatar, Ethiopia dan Mesir, demikian menurut media tempatan Sudan. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan