17 September 2013

30 polis Thai cedera bertempur penunjuk perasaan

11 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
NAKHON SI THAMMARAT, Thailand 17 Sept. - Kira-kira 30 orang pegawai polis di selatan Thailand tercedera dalam pertempuran terbaharu dengan penunjuk perasaan.


Mejar Jeneral Polis, Somchai Uamthanom hari ini berkata, penunjuk perasaan bertempur dengan polis ketika cuba mengambil kembali satu persimpangan trafik yang sebelum ini disekat di daerah Cha-uat, wilayah Nakhon Si Thammarat.


Jelas beliau, mereka membaling batu dan beg berisi cecair berasid kepada pegawai-pegawai yang bertindak balas dengan melancarkan gas pemedih mata.

Kenderaan polis turut dibakar dan beberapa penunjuk perasaan yang tidak dikenali juga turut tercedera.

- Agensi

No comments: