17 September 2013

PAS tambah kerusi di Dun S'gor hasil kerjasama PR

11 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] - 


PAS Selangor yakin bahawa cadangan dari Dewan Ulama PAS supaya mengkaji semula kerjasama politik (tahaluf siyasi) dalam Pakatan Rakyat adalah untuk menguatkan lagi PAS dan sekaligus memperkukuh Pakatan Rakyat.

SHAH ALAM:

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, beliau tidak melihat cadangan tersebut sesuatu yang harus dijadikan polemik kerana yakin ia adalah cadangan untuk "menambah baik".



Menurutnya lagi, realiti di Selangor, PAS mendapat lonjakan sokongan dari kerjasama dalam Pakatan Rakyat sehingga berjaya meningkatkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.


“Di Selangor, jelas PAS mendapat keuntungan besar hasil wujudnya Pakatan Rakyat apabila jumlah kemenangan kita meningkat sehingga 15 kerusi,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.


Berbanding pada PRU 2008, iaitu sebelum membentuk kerajasan dalam Pakatan Rakyat, PAS hanya berjaya menguasai sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).


Beliau juga berpendapat bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat khususnya dalam realiti negeri Selangor adalah menguntungkan PAS.


“Pakatan tidak merugikan PAS dan kajian semula kalau ingin dilakukan adalah untuk menambah baik dan memperkukuhkan lagi Pakatan,” katanya.



Harakahdaily

No comments: