17 September 2013

Ops Bubar: Nashita cadang jual rumah sara keluarga

11 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
SHAH ALAM: Seorang isteri kepada perserta demontrasi Ops Bubar Dun Perak, Nashita Md Noor, 47, membayangkan terpaksa menjual rumah yang didiami demi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Keputusan sukar dan berat itu terpaksa diambil sekiranya suami beliau, Bad Latif Mansor, 47, gagal dalam proses rayuan yang bakal difailkan di Mahkamah Tinggi Taiping hari ini.


“Keempat-empat anak kami masih bersekolah termasuk seorang yang sedang belajar di Jordan.

“Tanggungan yang perlu dipikul memang agak besar, maklumlah akak suri rumah sepenuh masa, tiada pendapatan sebab itulah terpaksa jual rumah yang kami duduk sekarang," katanya dipetik Selangorku.



“Perkara ini akak sempat bisikkan kepada abang (suami) sebelum dia dibawa ke Penjara Tapah semalam, dia setuju,” kata Nashita ketika dihubungi TV Selangor hari ini.


Menurut Nashita, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada suaminya itu sebaik sahaja Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada semua 13 tertuduh Jumaat lalu.



Dalam reaksinya kata Nashita, suaminya juga akur dan terpaksa bersetuju dengan langkah yang terpaksa diambil itu.



Harakahdaily

Tiada ulasan: