Jarang-jarang berlaku, hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bekas mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pemberian kad pengenalan terhadap warga asing di Sabah.
"Saya lihat laporan media, semuanya menyalahkan Dr Mahathir. Ini tidak betul.
"Sistemnya sudah beroperasi sejak sebelum beliau dan terus berlangsung selepas itu, Tetapi kita harus hentikannya," kata Anwar merujuk kepada apa yang dikatakan sebagai "Projek IC".
Anwar memberikan keterangan di hadapan suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang asing Sabah di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.
Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan