19 September 2013

Mukhriz tidak boleh ikut cara bapanya

13 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Tun Mahathir Mohamad mahukan yang tua itu hanya untuk beliau dan yang muda pula adalah anak dan generasi keluarga beliau sahaja, tulis blogger politik, Aspan Alias. 

“Bagi saya Umno biarlah dibina oleh ahli-ahlinya sendiri dan bukannya oleh mereka yang mempunyai agenda untuk keluarga dan peribadi mereka sendiri. Tidak ada pihak yang ingin menyekat kenaikan Mukhriz kerana ini demokrasi. Tetapi Mukhriz tidak akan terlepas dari bersalah-salahan dengan ahli-ahli Umno yang ramai dan beliau wajar menerimanya dengan terbuka,” tulisnya. 



Justeru, pada pandangannya Mukhriz tidak boleh mengikut cara bapanya yang sentiasa tidak mahu mendengar pandangan lain dari pandangan beliau sendiri. 



“Mendengar pandangan lain itu adalah haram bagi Dr Mahathir kerana beliau mengganggapkan hanya pandangan beliau sahaja yang betul,” ujar beliau di dalam blognya



Tetapi, baginya itu hak beliau untuk memberikan pandangan tetapi setiap ahli mempunyai pandangan sendiri dan boleh menilai semua yang kehadapan memperagakan diri mereka untuk duduk di barisan kepimpinan negara. 



Menurutnya, hanya yang penting mereka jangan dengan tidak sengaja terperaga kelemahan-kelemahan yang nyata dalam proses kempen-mengempen itu.

Harakahdaily

Tiada ulasan: