03 September 2013

Mayat Seorang Lagi Mangsa Lemas Di Sungai Perak Ditemui

27 Syawal 1434 H. [MOD] -

IPOH: Mayat seorang lagi mangsa lemas ditemui terapung kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian di Sungai Perak, Kampung Mandah, Manong, Kuala Kangsar dekat sini, Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP, Abdul Gaffar Muhamad berkata, mayat Mohd Faiz Norisham, 14, ditemui pada 6.10 petang.

"Gerakan mencari dijalankan anggota polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam sejak pukul 8 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.
Pada Ahad, mayat sepupu Mohd Faiz iaitu Mohammad Badrul Amin Muhd Nazri, 17, ditemui tersangkut di pukat menangkap ikan pada 4 petang.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira 2.15 petang ketika kedua-dua mangsa mandi di sungai berkenaan bersama enam lagi anggota keluarga mereka. - BERNAMA

Tiada ulasan: