03 September 2013

PM Senegal bentuk kerajaan baru

27 Syawal 1434 H. [MOD] -

DAKAR: Perdana Menteri baru Senegal, Aminata Toure, hari ini membentuk kerajaan baru tanpa kehadiran Menteri Pelancongan, Youssou N’Dour, demikian menurut kenyataan presiden. 


Rombakan Kabinet itu dibuat sehari selepas Toure dilantik menggantikan Abdoul Mbaye, yang disingkirkan tanpa sebab oleh Presiden Macky Sall selepas 17 bulan di pejabat.


N'Dour, pemuzik terkenal di peringkat antarabangsa, diamanahkan dengan portfolio pelancongan di bawah kerajaan sebelum ini sejak 2012. 

Namun, namanya tidak disenaraikan dalam 32 ahli baru Kabinet itu. - AFP

Tiada ulasan: