03 September 2013

Tarik semula pengumuman naik harga minyak

27 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily.

ar

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak membatalkan pengumuman kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 sen yang berkuatkuasa semalam.


Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, alasan Najib bahawa kenaikan itu penting sebagai pengukuhan ekonomi negara adalah tidak wajar memandangkan banyak cara lain yang tidak membebankan rakyat kebanyakan boleh dilakukan.

Menurutnya, kerajaan seharusnya bertindak tegas terhadap pelaku rasuah termasuk mereka yang mempunyai kedudukan dan jawatan penting dalam kerajaan, bukan menaikkan harga minyak.

DPPM menganggap rasuah menjadi punca ketirisan wang negara sehingga kerajaan tidak mampu menampung subsidi untuk rakyat.

"Dianggarkan nilai ketirisan wang negara ekoran aktiviti rasuah berjumlah berbilion ringgit. Rasuah juga menjadi punca integriti negara semakin merudum di mata rakyat bahkan di persada antarabangsa," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Menurut beliau juga, di samping menarik balik pengumuman kenaikan harga minyak, kerajaan harus membentangkan sekurang-kurangnya tiga alternatif lain untuk dipertimbangkan oleh rakyat bagi tujuan meningkatkan hasil dan seterusnya menambahkan penjimatan akaun negara.

"DPPM mendesak kerajaan menaikkan pembayaran royalti dari syarikat minyak antarabangsa seperti SHELL, Petron, BP dan lain-lain.

"Langkah ini berkesan bagi meningkatkan pendapatan negara di samping mampu menampung subsidi minyak antarabangsa mampu membayar dengan jumlah yang ditetapkan kerana keuntungan mereka setiap tahun berlipat kali ganda.

"Tindakan ini bagi mengelakkan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak sebaliknya memikirkan alternatif menyelamatkan wang rakyat," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Justeru tegasnya, referendum rakyat adalah satu keperluan pada waktu ini kerana sikap kerajaan yang meletakkan bebanan ekonomi terus ke bahu rakyat adalah satu kesilapan selepas kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi dengan lebih baik tanpa mengambil kira aspek perancangan keutamaan perbelanjaan dan sikap boros kerajaan.

"Sesungguhnya keputusan menaikkan harga petrol dan diesel ini adalah petunjuk bahawa kerajaan sudah kebuntuan idea untuk menyelematkan ekonomi negara," katanya
.

No comments: