Seramai enam orang wakil rakyat DAP termasuk MP Seremban Anthony Loke serta para aktivis termasuk setiausaha agung PSM S Arutchelvan ditahan ketika menyekat operasi perobohan di Kampung Hakka di Mantin, Negeri Sembilan hari ini.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi, Arutchelvan digari dan ditahan polis selepas bertengkar dengan polis yang mengawal kawasan operasi perobohan tersebut.
Turut ditahan dan dibawak keluar dari kawasan operasi tersebut ialah seorang lagi aktivis PSM.
Orang ramai di kawasan kampung baru Cina itu menjerit terhadap anggota polis ketika mereka ditangkap.
Dalam kejadian seterusnya pada tengahari, enam orang wakil rakyat DAP ditahan kerana berada dalam rumah kelab alumni SRJKC Chi Chi yang juga terlibat dalam operasi perobohan.
Polis memasuki bangunan tersebut tiga minit selepas memberi amaran dan menahan Loke, MP Rasah Teo Kok Seong, serta tiga lagi ADUN parti tersebut J Arulkumar (Nilai), P Gunasekaran (Senawang), Chew Seh Yong (Bahau), Ng Chin Tsai (Temiang) serta beberapa orang lagi.
Operasi perobohan bangunan berkenaan seterusnya dimulakan tidak lama kemudian.
Pada 30 September lalu, pemimpin PSM itu dan 11 yang lain ditahan apabila mereka cuba menghentikan perobohan kampung bersejarah itu, diekori dengan usaha dibuat untuk mendapatkan semakan kehakiman.MK/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan