31 October 2013

BN dibidas beri RM1 juta pada sekolah Cina hanya 15 pelajar

NONE
26 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

SG LIMAU Pemimpin BN dibidas kerana memperuntukkan RM1 juta kepada SJK (C) Aik Min di Sungai Limau yang hanya mempunyai 15 pelajar.

Pengarah operasi pilihan raya kecil PAS, Datuk Amiruddin Hamzah 

berkata beliau tidak membantah kerajaan membantu sekolah Cina, tetapi mempersoalkan mengapa jumlah sebesar itu diberikan sekarang, dan itu pun kepada sekolah yang hanya ada 15 pelajar.



Amiruddin menegaskan bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini enggan meneruskan usaha kerajaan negeri PAS sebelumnya, yang memberi peruntukan tahunan kepada sekolah persendirian Cina.



Amiruddin yang juga exco negeri di bawah kerajaan negeri PAS sebelum ini, berkata kerajaan negeri itu memperuntukkan RM70,000 setiap tahun kepada tiga sekolah persendirian Cina yang tidak mendapat subsidi daripada kerajaan pusat.



Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan peruntukan RM200,000 untuk dana pendidikan sekolah Cina di Sungai Limau.



Muhyiddin mengumumkan demikian dalam ucapannya di pusat gerakan BN di Sungai Kering, di hadapan kira-kira 1,000 orang, kebanyakannya dari kalangan masyarakat Cina.



Beliau juga meluluskan dana untuk tiga buah sekolah Cina, termasuk RM1 juta bagi SRJK (C) Aik Min, RM1 juta bagi SRJK (C) Yuk Meng di Sg Limau dan RM50,000 bagi SRJK (C) Pek Hwa.

Malaysiakini/-





No comments: