17 October 2013

China miliki 168 bilionair


12 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
BEIJING: China mencatatkan 168 bilionair dalam senarai Forbes China Rich 2013, meningkat daripada 113 taikun tahun lepas, demikian menurut senarai yang dikeluarkan pada Rabu.
Jumlah kekayaan taikun di dalam negara turut mengukuh 35 peratus daripada tahun sebelumnya kepada US$570 bilion, kata agensi berita Xinhua. 

Sejak dekad lepas, China telah menjadi "rumah" kepada antara populasi bilionair paling pesat berkembang di dunia. 


Wang Jianlin, Pengerusi Dalian Wanda Group, antara usahawan hartanah terbesar di China mendahului senarai tahun ini dengan kekayaan bersih US$14.1 bilion.

Wang mengalahkan orang terkaya tahun lepas, taikun minuman China, Zong Qinghou, Ketua Pegawai Eksekutif Wahaha Co Ltd.
Zhou berada di tempat kedua dengan jumlah harta kekayaan bernilai US$11.2 bilion. 


Turut berada di dalam senarai ialah peserta dalam industri telefon mudah alih dan dalam talian, termasuk Li Yanhong, Ketua Pegawai Eksekutif Baidu, enjin pencari terbesar China dengan kekayaan US$11.1 bilion, di tempat ketiga. - Bernama

No comments: