17 October 2013

Seorang rakyat Malaysia antara 49 dikhuatiri maut pesawat terhempas di Laos

Seorang rakyat Malaysia antara 49 dikhuatiri maut pesawat terhempas di Laos
12 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

BANGKOK: Seorang rakyat Malaysia antara 49 terbunuh apabila pesawat QV301 milik Lao Airlines terhempas di Lapangan Terbang Pakse di selatan Laos, lewat semalam.

Laporan awal menyebut, semua 49 orang di dalam pesawat dikhuatiri terbunuh, termasuk penumpang dari 11 negara.


Kementerian Kerja Awam dan Pengangkutan Laos berkata, 44 penumpang dan lima anak kapal berada dalam pesawat QV301 yang dalam penerbangan dari ibu negara Laos, Vientiane ke to Pakse di selatan negara itu. 

“Ketika bersiap sedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Pakse, pesawat berkenaan menempuh cuara buruk dan dilaporkan terhempas di Sungai Mekong," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Pesawat jenis ATR 72-600 dengan enjin berkembar turboprop itu terbang dalam laluan sejauh 467 kilometer.

Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Sek Wannamethee, berkata Kedutaan Thai di Vientiane sudah dimaklumkan mengenai nahas pesawat berkenaan di lokasi antara 7 hingga 8 kilometer dari lapangan terbang Pakse. 

Senarai penumpang yang dikeluarkan syarikat penerbangan kerajaan itu hari ini mengandungi 44 orang iaitu 17 warga Laos, Perancis (7), Australia (5), Thai (5) Korea (3), Vietnam (2) dan masing-masing seorang warga Kanada, China, Malaysia, Taiwan dan Amerika Syarikat (AS). - AP

No comments: