17 October 2013

Sekumpulan penjenayah kepung, larikan van rokok di Ipoh

12 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


IPOH: Sekumpulan penjenayah yang menaiki kereta jenis Toyota Alphard dan Proton Perdana bertindak mengepung sebuah van yang membawa rokok sebelum melarikan van berkenaan bersama seorang pekerja dalam kejadian di Pekan Razaki, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi. 

Ketika kejadian, dua pekerja yang baru ingin membuat penghantaran bekalan rokok ke sebuah restoran di kawasan berkenaan, bagaimanapun seorang daripada mangsa dapat melarikan diri selepas bergelut dengan suspek. 


Menurut mangsa kegiatan samun itu dilakukan sekurang-kurangnya lima orang dan suspek membawa lari van berkenaan ke kawasan perumahan yang terlekat kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian untuk memunggah bekalan rokok. 


Kerugian dianggarkan lebih RM30,000 membabitkan rokok dan wang tunai, namun mangsa yang dibawa lari bersama tidak di apa-apakan kerana tidak melawan serta menurut saja arahan penyamun.

No comments: