17 Oktober 2013

Maybank nafi laman Web jadi sasaran penggoda

12 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Syarikat perbankan, Malayan Banking Bhd (Maybank) menafikan laman perbankannya, Maybank2u menjadi sasaran penggodam seperti yang disebarkan di beberapa laman dan mesej digital seperti Facebook dan Whatsapp.

Dalam kenyataannya, Maybank memaklumkan laman Maybank2u masih selamat untuk dilayari pelanggannya. 
“Kami boleh sahkan Maybank2u selamat dan di bawah seliaan keselamatan yang ketat,” kata kenyataan terbabit. 


Semalam, pengguna kecoh dengan penyebaran mesej yang memaklumkan penggodam dari Pakistan akan cuba menceroboh pemegang akaun laman Maybank2u dan mencuri data selepas berjaya menceroboh laman Google.com.my.

Tiada ulasan: