TOKYO: Seorang budak lelaki yang berbakat besar dalam bola sepak dan digelar 'Messi Jepun' kini bakal mengasah kemahirannya di akademi bola sepak remaja Real Madrid.
Takuhiro Nakai, yang baru berusia sembilan tahun, menerima tawaran untuk bersama akademi milik kelab gergasi Sepanyol itu, demikian lapor penyokongnya hari ini.
“Dua amat teruja sekali untuk ke Madrid," kata Naosuke Takahashi, kakitangan E+U, iaitu sebuah firma yang membantu program pembangunan bola sepak remaja Real Madrid di Jepun.
“Apa yang istimewa Takuhiro ialah kemahirannya mengawal dan mengelecek bola. Seorang budak usia begini dengan skil dan kawalan bola yang hebat, membuatkannya amat istimewa sekali," kata Takahashi. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan