11 October 2013

Presiden Malawi bubar Kabinet akibat skandal penipuan

6 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

BLANTYRE: Presiden Malawi, Joyce Banda membubarkan kesemua 25 anggota Kabinet berikutan dihimpit skandal penipuan membabitkan berjuta-juta dolar. 

Langkah itu diumumkan pejabat Banda yang berkata, beliau akan mengumumkan Kabinet baru `dalam masa terdekat'. 

Pejabat kewangan dan pejabat presiden dilanda skandal penipuan terbabit pada tahun ini. 

"Sudah tentu pemecatan ini ada kaitan dengan krisis di bahagian kewangan," kata sumber pejabat Banda. - AFP 

No comments: