10 November 2013

Penyokong Bo Xilai tubuh parti politik


6 Muharram 1435H. [MOD] -

BEIJING 10 Nov. - Penyokong bekas pemimpin kanan Parti Komunis China, Bo Xilai (Gambar)yang dipenjara kerana rasuah menubuhkan parti politik, satu cabaran langsung kepada parti pemerintah yang mengharamkan penubuhan parti baharu politik.

Menurut sumber, Parti Zhi Xian, ditubuhkan pada 6 November lalu, tiga hari sebelum pembukaan mesyuarat tertutup pemimpin Parti Komunis mengenai pembaharuan ekonomi negara ini.

Mereka menamakan Xilai sebagai `pengerusi seumur hidup, kata Wang Zheng, satu daripada pengasas parti dan profesor madya di Institusi Pengurusan dan Ekonomi Beijing. - REUTERS

No comments: