10 Disember 2013

Banjir: Pemuda DAP Selangor hantar bantuan ke Pahang

6 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pemuda DAP Selangor menghantar bantuan barangan keperluan kepada mangsa banjir di Mentakab, Pahang semalam.


Ketua Pemuda DAP Selangor, Chua Yew Choong berkata, Pemuda DAP Selangor memutuskan untuk menghantar bantuan itu memandangkan keadaan banjir kali ini amat serius.

“Malah, kawan kami di sana juga memaklumkan kekurangan barangan keperluan. Jadi, kami putuskan penghantaran ini minggu lalu," ujarnya dipetik Roketkini.

Katanya, walaupun masa singkat, maklum balas daripada rakyat sangat bagus, dan pihaknya dapat kumpulkan banyak sumbangan dalam masa yang singkat.

“Selain barangan keperluan, kami juga kumpulkan wang tunai berjumlah RM400, serta cek yang akan dijumlahkan nanti,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Selangor, Petaling Jaya, semalam.

Sumbangan berupa makanan dan barangan kering seperti pakaian dan selimut itu dikumpulkan di ibu pejabat DAP Selangor pada Sabtu dan Ahad lalu, dan dihantar ke Mentakab menggunakan lori dengan berat tiga tan.

Turut mengiringi adalah Bendahari DAP Selangor, Chan Huan Guan; Setiausahan Organisasi DAP, Mohamat Samat dan Penolong Setiausahanya, Firdaus Babh.

Dalam pada itu, Firdaus Babh berharap sumbangan itu akan dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa.

“Pemuda DAP Selangor cuba buat apa yang terdaya untuk membantu. Semoga ini dapat meringankan serba sedikit bebang mereka,” katanya lagi.


Harakahdaily

Tiada ulasan: