Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dipilih sebagai penerima Anugerah Semangat Lim Lian Geok, anugerah berprestij dalam bidang pendidikan Cina kali ke-26 yang akan disampaikan pada 15 Disember ini di Kuala Lumpur.
Anugerah yang dinamakan sempena tokoh pendidikan Cina terkenal sebelum kemerdekaan itu (kanan) jarang-jarang diberikan kepada orang Melayu.
Menurut kenyataan penganjur Pusat Pembangunan Kebudaayaan Lim Lian Geok, Samad dipilih kerana terkenal sebagai pejuang sastera yang berani tampil mempertahankan hak bahasa ibunda dan tidak jemu merancakkan gerakan reformasi rakyat.
Beliau atau lebih mesra dengan panggila "Pak Samad" pernah memimpin gerakan mansuh sistem pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Pencalonan Samad dicadangkan oleh aktivis Dr Wong Chin Huat.
Anugerah Semangat Lim Lian Geok mula dianjurkan pada 18 Disember 1988. Sepanjang tempoh tersebut, terdapat 55 tokoh dan 25 buah organisasi diberikan pengiktirafan.
Ia bertujuan mengiktiraf individu atau organisasi yang berjasa mendorong ke arah pengekalan dan pelestarian kebudayaaan etnik dan kelangsungan bahasa ibunda.
Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan