15 December 2013

Mangsa banjir di Pahang semakin berkurangan

11 Safar 1435H. [MOD] -
KUANTAN: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan semakin berkurangan kepada 4,751 berbanding 5,225 orang pada sebelah malam.


Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini, kesemua mangsa banjir daripada 1,197 keluarga itu ditempatkan di 45 pusat pemindahan dari 57 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir.

Jumlah tertinggi pemindahan mangsa banjir masih direkodkan di daerah Pekan namun jumlahnya berkurangan kepada 3,602 orang daripada 909 keluarga berbanding 4,076 orang daripada 1,100 keluarga malam tadi, di 45 pusat pemindahan.

Kuantan masih kekal dengan 736 orang daripada 188 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan manakala Maran juga kekal dengan 413 orang daripada 100 keluarga di lima pusat pemindahan yang masih dibuka. 


Bernama

No comments: