15 Disember 2013

Mayat timbul selepas solat hajat

11 Safar 1435H. [MOD] -
Dungun: “Mak dan ayah sayangkan Hanif, maafkan mak dan ayah... mak akan doakan semoga Hanif berada di sisi hamba yang soleh,” itulah kata-kata Tuminah Taib, 54, ke telinga Muhammad Hanif Jainuri, 18, selepas jenazah anaknya siap dikafan di Bilik Mayat Hospital Dungun, semalam.

Muhammad Hanif lemas ketika mandi bersama rakan sekuliah dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di pantai peranginan Teluk Bidara, dekat sini, kelmarin. 


Tuminah berkata, dia dan suaminya Jainuri Taslim, 52, yang bekerja di sebuah kilang di kawasan Perindustrian di Batu Pahat, Johor, menerima berita sedih itu jam 2 petang, kelmarin. 

“Mak cik sangat terkejut dan petang itu segera bertolak ke Dungun dan sebaik tiba jam 4.30 pagi tadi (semalam) mak cik segera ke pantai di tempat kejadian.
“Di pantai itu mak cik solat hajat dan membaca surah Yasin. Selesai solat Subuh di pantai itu, mak cik sekali lagi memohon doa dan menjerit sekuat hati, ‘Hanif, mak datang, mak nak bawa Hanif pulang, marilah nak’,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Dungun.

Mymetro

Tiada ulasan: