15 December 2013

Rombakan kepimpinan PAS Kedah

11 Safar 1435H. [MOD] -
ALOR SETAR:  Ketua Pembangkang DUN Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah sementara Dato’ Dr. Ismail Salleh dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi adalah muka baru dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3.


Ketika mengumumkan senarai kepimpinan baru Badan Perhubungan PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar selaku Pesuruhjaya memberitahu, lantikan dibuat adalah dengan mengambil kira bakal pemimpin akan datang yang perlu dipersiapkan dari awal.

Bekas Presiden Kulim Hi-Tech Park, Muhd Sobri Osman dilantik sebagai Bendahari dan Che Had Dhali sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri.
Mereka berdua juga ialah muka baru dalam Dewan Harian.
 Ustaz Musodak Ahmad dan  Muhammad Sanusi Md Noor dikekalkan sebagai Setiausaha dan Ketua Penerangan.
Mahfuz turut mengumumkan tujuh ahli jawatankuasa tambahan yang terdiri dari Dato’ Abu Kasim Lebai Abdullah, Senator Dato’ Mohd Yusof Husain, Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman, Ustaz Ahmad Yahya, Ustaz Ahmad Izat Shauki, Taufek Baharom (peguam) dan Siti Rasazah Razak (peguam).
Sebanyak 23 lajnah/jabatan diwujudkan di bawah Badan Perhubungan PAS Kedah bagi melaksanakan semua aktiviti parti.
Mahfuz berharap, gandingan muka baru dan lama dari pelbagai profession akan memantapkan lagi kemimpinan PAS Kedah, khususnya untuk membuat persediaan menghadapi PRU14.

Harakahdaily

No comments: