07 Disember 2013

Tapak bersejarah 6,000 tahun PP juga terbiar

3 Safar 1435H. [MOD] -



 
Guar Kepah, tapak arkeologi pertama yang ditemui di Malaysia 153 tahun lalu di kawasan Seberang Perai, kini dapat keadaan menyedihkan, walaupun berada di atas tanah kerajaan Pulau Pinang.

Ditemui oleh pelayar Inggeris GW Earl pada tahun 1860, tanah berukuran 10,698.8 meter persegi (2.643 ekar) dalam keadaan tidak terjaga dengan baik. Sebuah rumah burung walit dibina atas tapak itu yang dikelilingi pokok-pokok nangka terbiar.

NONEMalaysiakini melawat tapak itu semalam dan kecewa mendapati kawasan itu, sepatutnya menjadi tapak penempatan manusia prasejarah berusia antara 5,000 hingga 6,000 tahun, tidak dipagar, dilindungi atau dikenalpasti dengan papan tanda sempurna bagi memaklumkan kepentingannya kepada orang ramai.

Walaupun tiada pemberimilikan kawasan itu kepada petani farmer Hor Ah Kaw, 70, yang mendakwa nenek moyangnya sudah tinggal di situ kira-kira satu abad, dibenarkan meneruskan aktiviti berkaitan burung walit dan berkebun nangka menggunakan lesen sementara (TOL).

Bagaimanapun, TOL yang dululuskan oleh pejabat daerah beberapa tahun lalu membenarkan penetapan rumah dah penanaman padi di situ.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan: