Oleh: Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
Saya akui, cukai pintu adalah pendapatan tetap kepada Pihak Berkuasa Tempatan tetapi ianya tertakluk kepada perkhidmatan yang turut diberikan seperti pengutan sampah di rumah, pemotongan rumput kediaman dan juga pembersihan longkang perumahan. Ketiga-tiga eleman tersebut asas Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan pentempatan pendudukan Cukai Taksiran akan dikenakan kepada mereka.
Berdasarkan geografi pentempatan dan kedudukan bandar ataupun luar bandar memainkan peranan nilai Cukai Taksiran yang bakal dikenakan kepada penduduk setempat. Malah pecahan kepada Kampung Tradisi dan Kampung Tersusun juga membezakan Cukai Taksiran yang akan dikenakan termasuk Kawasan Taman-Taman oleh kerana nilai hartanah semasa turut menjadi panduan.
Tetapi asas-asas tersebut tidak lagi menjadi panduan oleh kerana berorantasikan 'perniagaan' menjadi faktor dan dalam masa yang sama mutu perkhidmatan amat buruk sekali. Masalah infrastruktur yang lemah dan sistem kutipan sampah yang tidak cekap menyebabkan justifikasi mutu yang memberikan 'amarah' penduduk oleh kerana ianya menjadi beban kembali kepada penduduk akibat sampah yang busuk dan bersepah.
Saya menengahkan beberapa fakta terutamanya di Kuala Kangsar Bandar DiRaja dimana Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah menaikan cukai pintu dari 19 peratus hingga 57 peratus. Dengan mutu perkhidmatan yang diberikan, banyak runggutan sampah-sampah tidak di kutip seperti di Taman Candan Putri, Kuala Kangsar; Taman Kledang, Sungai Siput dan beberapa Taman lagi setelah aduan di buat melalui Facebook.
Majlis Perbandaraan Kuala Kangsar telah menaikan beberapa pembahagian mengikut status cukai pintu, antaranya Kawasan Industri sebanyak 19 peratus, Rumah Kedai sebanyak 21 peratus, Rumah Teres Satu dan Dua Tingkat sebanyak 26 peratus, Kampung Tersusun sebanyak 26.6 peratus dan yang paling tinggi iaitu Rumah Kos Rendah sebanyak 56 peratus telah dikenakan mulai tahun 2014 ini.
Banyak isu sampah menjadi runggutan penduduk, ini kerana dalam tempoh seminggu sepatutnya sampah akan dikutip setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu tetapi tidak menepati masa tersebut. Ini belum pembersihan rumput dan juga longkang yang sepatutnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan beberapa perkhidmatan yang sepatutnya turut diberikan.
Selain itu, jika dilihat beberapa Taman yang dimana alat permainannya cukup daif dan terlalu lama tanpa dibaiki atau diganti baru yang berlaku seperti di Taman Liman, Kuala Kangsar. Jika dibandingkan Cukai Taksiran yang dikenakan, ianya jauh berbeza dengan perkhidmatan yang sepatutnya diberikan. Malah bebanan terpaksa ditanggung oleh pendudukan atas kelemahan Pihak Berkuasa Tempatan.
Saya mempersoalkan kenaikan cukai pintu yang dikenakan kepada penduduk, seolah-olah tiada sumber lain yang mampu dicari bagi mendapatkan peningkatan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan. Adakah juga melalui Cukai Taksiran ini semua bentuk perbelanjaan seperti kos pengurusan dan pembangunan dan menampung kos emolumen bagi kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan serta membaiki kenderaan melaluinya?
Bagi saya, di sini peranan pihak Kerajaan Negeri untuk membantu Pihak Berkuasa Tempatan berdikari dan menjana sumber kewangan lain. Kalau ditanya kepada saya, sudah tiba masanya memikirkan beberapa sumber pusingan kewangan yang boleh disediakan. Antaranya memperuntukan beberapa bidang tanah bagi sektor pembangunan dan juga pertanian bagi pusingan kewangan tahunan yang boleh menjana sumber aliran kewangan yang baru.
Akhirnya, saya seru agar turunkan cukai pintu dan jangan bebankan rakyat. Banyak kaedah lain dan sumber lain yang boleh difikirkan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, jangan mengambil jalan mudah untuk mendapat pendapatan. Jangan berfikir di dalam 'kotak' sahaja, sepatutnya carilah ruang dan peluang untuk memikirkan kesusahan orang lain dalam masa yang sama juga!
*Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dan juga Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kangsar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan