03 April 2014

Ahli parlimen Eropah kriritk hukuman mati 529 rakyat Mesir

2 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
BRUSSELS: Ahli-ahli parlimen Eropah tampil mengkritik tindakan regim kudeta Mesir yang menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 rakyat sendiri yang majoritinya penyokong Presiden Mesir yang sah, Dr Muhammad Morsi.

Kritikan itu dikemukakan secara berdepan kepada Menteri Luar Mesir Nabil Fahmy ketika beliau hadir berucap kepada Suruhanjaya Hubungan Antarabangsa Parlimen Eropah, di sini pada Selasa.

Mario David, wakil Portugis di Parlimen Eropah bertanya kepada Fahmy bagaimana seorang calon presiden (Abdul Fatah Al-Sisi) boleh bertindak sedemikian manakala beratus-ratus orang telah diberikan hukuman mati.

Ahli parlimen Sepanyol Jose Ignacio Salafranca pula berkata hak asasi manusia menjadi kunci kepada kestabilan politik dalam peralihan kuasa di Mesir.

Walau bagaimanapun, Fahmy berkata 529 orang dihukum mati belum menerima keputusan akhir mereka dengan berkata "hukuman mati adalah sebahagian daripada undang-undang. "

Harakahdaily

No comments: