03 April 2014

Parlimen: Masa kian suntuk, kotak hitam MH370 luput

2 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Parlimen akan dilihat lalai dalam melaksanakan tugas seandainya sidang kali ini ditangguhkan pada 10 April ini tanpa memutuskan sebarang langkah berkaitan peranan Ahli-ahli Parlimen dalam merungkai tragedi MH370.

Justeru Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengulangi desakan agar Kabinet segera menyokong pembentukan Jawatankuasa Parlimen dengan menegaskan bahawa kelalaian sedemikian tidak akan dapat dimaafkan.

Ini, katanya kerana keputusan berkenaan peranan Ahli Parlimen bukan sahaja akan membantu mencari jawapan kepada pelbagai persoalan yang timbul berkenaan tragedi pesawat hilang itu, malah ia akan memulihkan keyakinan dunia terhadap Malaysia.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, masa kian suntuk untuk menemui kotak hitam pesawat MH370 sebelum baterinya luput.

Justeru, ujarnya masa juga kian suntuk Parlimen Malaysia memainkan peranan yang begitu penting dalam merungkai tragedi MH370 sebelum sidang ditangguh Khamis depan.

Harakahdaily

Tiada ulasan: