03 April 2014

Lagi gegaran di Chile, cetus amaran tsunami

2 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi bermagnitud 7.6 pada skala Richter melanda luar pantai utara Chile malam tadi, mencetuskan amaran tsunami untuk Chile dan Peru.

Gegaran kedua itu munyusul sehari selepas gempa 8.2 pada skala Richter melanda rantau kelmarin.

Pejabat Kecemasan Chile dan tentera laut mengeluarkan amaran tsunami dan mengarahkan pemindahan daripada kawasan-kawasan rendah di pantai utara. 

Gegaran menyebabkan bangunan bergegar dan orang ramai berlari keluar bangunan menuju ke pelabuhan Iquique, yang merupakan salah satu bandar yang menyaksikan beberapa kerosakan dari gempa besar malam Selasa. 

Tetapi tiada laporan terbaru mengenai kerosakan atau kecederaan daripada gegaran terkini itu.

Dilaporkan, gegaran itu berpusat 12 batu selatan Iquique pada kedalaman 25 batu , kata Kajian Geologi Amerika Syarikat . 

Ia dirasai di seluruh sempadan di selatan Peru , di mana orang-orang di bandar-bandar di Tacna dan Arequipa dilaporkan melarikan diri dari bangunan dan berada dalam ketakutan.

Dalam gegaran pertama pada selasa lalu, pihak berkuasa negara melaporkan berlaku enam kematian.

Kira-kira 2,500 rumah telah rosak di Alto Hospicio, kawasan kejiranan yang miskin di kawasan bukit di atas Iquique yang didiami hampir 200,000 orang.

Chile adalah salah satu negara yang paling terdedah kepada tsunami, ekoran kedudukan geografinya.

Harakahdaily

Tiada ulasan: