30 Jun 2021

Bantuan tambahan dibayar mulai hari ini

 


Bayaran tambahan untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kepada 8.4 juta penerima akan dibayar secara berperingkat mulai hari ini membabitkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pembayaran BPR Tambahan berkenaan membabitkan 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas yang bujang atau tiada pasangan dan 3.8 juta individu bujang.

Sidang khas Parlimen dicadang sebelum 1 Ogos

 

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim (kanan) dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. - Foto NSTP

Persidangan khas Parlimen dicadang diadakan sebelum 1 Ogos ini mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan bersama memaklumkan, perkara itu sudah dicadangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.

PEMULIH adalah pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi yang menyeluruh.

 


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyifatkan pakej perlindungan dan pemulihan ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang berjumlah RM150 billion merupakan pakej ransangan yang sangat menyeluruh meliputi setiap segmen rakyat iaitu miskin tegar, anakmuda, B40, M40 juga pengusaha dan perniagaan kecil serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

32 peratus rakyat mahu undi ikut prinsip

SHAH ALAM – Sebanyak 32 peratus rakyat Malaysia memilih untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berdasarkan prinsip manakala 24 peratus berdasarkan parti.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Arif berkata, hasil kajian kali pertama itu turut menyaksikan 23 peratus lagi mahu mengundi atas faktor calon yang bertanding sementara 12 peratus mengikut gabungan parti serta 10 peratus tidak menyatakan pendirian tanpa menjawab soalan kajian.

Boleh ambil makanan asas di 578 masjid seluruh Kedah

ALOR SETAR: Penduduk yang terputus bekalan makanan boleh mendapatkan makanan asas disediakan melalui program bank makanan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di 578 masjid seluruh Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Zakaria Othman, berkata golongan yang kelaparan akibat terputus sumber pendapatan boleh terus menghubungi pengurusan masjid untuk mengambil set bekalan makanan berkenaan.

Malaysia terima 2 juta dos vaksin dari Jepun, AS

KUALA LUMPUR: Malaysia dijadualkan menerima dua juta dos vaksin Pfizer dan AstraZeneca yang disumbang kerajaan Jepun dan Amerika Syarikat (AS) pada esok dan lusa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata sebanyak satu juta dos vaksin AstraZeneca daripada kerajaan Jepun akan tiba esok, dan satu juta dos vaksin keluaran Pfizer sumbangan kerajaan AS akan tiba pada Jumaat.

Wanita 120 tahun lengkap 2 dos vaksin.


KOTA BHARU: Seorang warga emas berusia 120 tahun lengkap menerima dua dos suntikan vaksin secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Wanita berkenaan, Siti Liah Mamat dipercayai wanita tertua di Kelantan dan individu yang dikenal pasti memenuhi kriteria menjadi antara 84 orang penerima suntikan vaksin di SPPV HUSM.

Ebit Lew kongsi rasa sayu, risau ketika bermalam di Gaza... kagumi ketabahan kanak-kanak mangsa perang masih mampu tersenyum

Ebit Lew berjaya memasuki Gaza pada Isnin lalu.
 

PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew meluahkan rasa syukurnya kerana dapat membuka Rumah Kasih Umat di Gaza yang akan menempatkan penduduk-penduduk termasuk kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal dan orang tersayang.

Bank tawar moratorium enam bulan mulai 7 Julai ini

 

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) akan menawarkan moratorium enam bulan mulai 7 Julai.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, ia seiring dengan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Tenntera Myanmar guna industri jed biaya operasi

 

Lombong batu jed di Myanmar.

BANGKOK: Industri perlombongan batu jed bernilai berbilion dolar dipercayai menjadi penyumbang utama 'dana' yang digunakan untuk biaya operasi junta tentera Myanmar selepas rampasan kuasa 1 Februari lalu.

Perkara itu didedahkan Global Witness dalam satu laporannya, yang turut menggesa orang ramai memboikot pembelian batu permata dan jed dari Myanmar.

Moratorium: Tiada faedah terkompaun, penalti lewat bayar

 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyampaikan taklimat media Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di Kementerian Kewangan hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun atau penalti lewat bayar kepada peminjam yang memohon moratorium automatik yang ditawarkan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata perkara itu telah dipersetujui oleh bank dalam satu perbincangan baru-baru ini, selepas kerajaan membangkitkan perkara terbabit.

Pakar cadang SOP ikut situasi negeri

 

Orang ramai mula dibenarkan makan dalam restoran selepas pengumuman kebenaran itu dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor semalam ketika tinjauan di restoran di Pekan Donggongon Penampang hari ini. - Foto BERNAMA

Kerajaan perlu melihat semula prosedur operasi standard (SOP) kerana ia sepatutnya dilaksana berdasarkan situasi kes COVID-19 di setiap negeri.

Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Azmawati Mohammed Nawi, berkata tidak adil untuk semua negeri mengikut SOP sama sedangkan hanya beberapa negeri menjadi menyumbang peningkatan kes.

Keluarga anak tertukar ambil tindakan undang-undang

 

Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, (kiri) bersama Adryana Iwani, 20, (tengah) dan Noratirah Husin, 20. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Dua keluarga yang tiga anak mereka tertukar sejak lahir 20 tahun lepas, dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan, telah melantik barisan peguam untuk menasihati dan mengambil tindakan undang-undang yang perlu.

Jurucakap bagi pihak Tetuan Sam Masri & Associates, Tetuan Khairul Naim Rafidi, Tetuan Azam Rashid & Co serta Tetuan Mohd Nasir & Co, peguam Samry Masri, berkata barisan peguam itu dilantik pada November tahun lepas.

Tiada golongan terpinggir, pakej bantuan menyeluruh

 

Penambahan bekalan vaksin dalam Pelan Pemulihan Negara mempercepat jadual pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan kerajaan bersifat menyeluruh dan mampu membantu mengurangkan kesan pandemik kepada golongan terjejas.

Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, melihat pakej PEMULIH sebagai pakej kombo yang memanfaatkan golongan sasar.

29 Jun 2021

Elak kibar bendera putih mohon bantuan

 

Kesusahan dialami rakyat ketika berdepan pandemik membuatkan warganet sepakat menggunakan media sosial bersolidariti membantu golongan memerlukan menerusi kempen tanda pagar #RakyatJagaRakyat dengan mengibarkan bendera putih di halaman rumah sekiranya tiada makanan atau perlukan bantuan. (Rosli)

Tindakan mengibarkan bendera putih bagi mereka memerlukan bantuan disifatkan seperti mereka yang kalah dalam peperangan.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, perbuatan itu tidak sewajarnya dilakukan kerana masih terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan bantuan.

Kaunter perkhidmatan kerajaan dibuka bermula 1 Julai

 

Semua kaunter perkhidmatan kerajaan di seluruh negara akan beroperasi secara fizikal mulai 1 Julai 2021.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, keputusan dibuat selepas meneliti keperluan mendesak berdasarkan maklum balas awam.

'Kita akan jumpa tidak lama lagi' - Rashid Hasnon

 

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon bercakap kepada media selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon memberi bayangan sidang Parlimen akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau yang sebelum itu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagaimanapun tidak menyatakan sama ada sesi sidang berlangsung secara bersemuka atau menggunakan kaedah hibrid.

Sidang Parlimen perlu secepat mungkin – Agong

 


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ditetapkan kerajaan dan Parlimen. 

'Jutawan' ke jel

ROMAN Yurkov. FOTO Agensi


Moscow: Kemewahan seorang lelaki Rusia yang menjadi jutawan segera selepas 'memperoleh' AS$1.3 juta (kira-kira RM5.3 juta) akibat kesilapan sistem perbankan, berakhir apabila dia dihukum penjara enam tahun.

Semua wang, hartanah dan kenderaan mewah milik Roman Yurkov turut dirampas.

Istana Negara sekali lagi jadi tumpuan hari ini

 

YANG Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini

KUALA LUMPUR: Istana Negara hari ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah.

Budaya Islam Terusan Besar Beijing-Hangzhou Bahagian Zhejiang


图片默认标题_fororder_1111 拷贝

Buku Budaya Islam Terusan Besar Beijing-Hangzhou bahagian provinsi Zhejiang yang diedit oleh Persatuan Islam China diterbitkan baru-baru ini. Buku ini terdiri daripada lapan bab iaitu kedudukan terusan besar bahagian Zhejiang dalam sejarah, kemasukan dan pembangunan agama Islam, riwayat kalangan Muslim dan adat resam berkenaan, warisan budaya dan sebagainya. Buku ini membolehkan  para pembaca memahami hubungan budaya Terusan Besar Beijing-Hangzhou dengan budaya Islam dalam sejarah. CRI/-

UMMAH tuntut SUHAKAM tidak ikut telunjuk Barat


KUALA LUMPUR
: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengingatkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) agar lebih prihatin dalam memberi pendidikan dan mempromosi hak asasi.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata suatu tindakan yang diambil mestilah berteraskan kepada hak asasi kerangka Perlembagaan Persekutuan dan bukan acuan hak asasi barat yang akan menimbulkan pertembungan penafsiran hak asasi itu sendiri dari segi agama, budaya dan moral.

Ebit Lew Diiringi Tntera Mesir, Kereta Berperisai. Ini Status Terkini Keadaan Beliau.


“SYUKUR pada Allah.”

Begitulah ungkapan yang disebut pendkwah terkenal, Ustaz Ebit Lew bagi memberi perkhabaran terbaharu mengenai misinya ke Palestin.

Menerusi Instagram, Ebit pada Isnin pagi memaklumkan pasukannya sudah berada di Gaza yang mana perjalanan mereka ke sana diiringi oleh tentera Mesir.

Tiada yang boleh menahan hukuman Allah SWT

 


FIRMAN Allah SWT:

﴿وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ٩٦ أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ٩٧ أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ٩٨ أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ٩٩﴾

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Akan tetapi, mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan ke atas mereka azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (96);

Ivermectin juga ditolak negara lain, bukan KKM sahaja


Ada
 yang buat laporan polis terhadap KKM kerana tak nak guna Ivermectin. Sedangkan KKM dalam proses kajian, tunggu dulu-lah hasil kajian nanti. Kalau berjaya, kita semua akan guna. Kalau tak berjaya macam Chloroquine itu, kita letak tepi-lah dan cukuplah duduk promote Ivermectin (IVM).

28 Jun 2021

1GB data internet percuma hingga hujung tahun


KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara bersetuju melanjutkan pemberian satu gigabit (GB) data internet harian secara percuma sehingga 31 Disember ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan PN tidak sisih MP pembangkang

 


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mengenepikan pembangkang dengan menyalur peruntukan sama rata bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Hari ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada semua ahli parlimen (MP) termasuk pembangkang bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada rakyat terjejas pelaksanaan.

Diskaun bil elektrik tiga bulan bermula Julai

 



KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut kadar penggunaan elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam (kWj), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat, Perdana Menteri berkata, diskaun itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan depan.

PEMULIH: Pencarum dibenar keluar RM5,000 simpanan KWSP




KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenal kemudahan baharu dikenali sebagai i-Citra, membabitkan pengeluaran sehingga RM5,000.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, permohonan i-Citra boleh dibuat mulai 15 Julai ini dengan pembayaran pertama akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos.

RM400j beli bekalan vaksin tambahan - Muhyiddin

 


KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menambah bekalan vaksin negara bagi mempercepatkan jadual pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selaras dana tambahan itu, Perdana Menteri berkata, jumlah bekalan vaksin yang ditempah Malaysia adalah mencukupi untuk menampung 130 peratus populasi rakyat, berbanding 120 peratus sebelum ini.

Tambahan RM1.1b dana mikrokredit

 


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dana pembiayaan mikrokredit akan ditambah sehingga RM1.1 bilion untuk dimanfaatkan oleh golongan sasar.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memperuntukkan RM3 bilion dana mikrokredit sepanjang tahun ini bagi membantu usahawan mikro.

Moratorium automatik 6 bulan tanpa syarat

 


KUALA LUMPUR: Moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan akan diberi kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, pemberian moratorium itu tidak memperuntukkan sebarang syarat seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan.

Pengumuman khas PM petang ini.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) petang ini.

Pemulih dijangka menyentuh bantuan yang lebih komprehensif segenap lapisan masyarakat merangkumi sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Usung keranda 1 km urus pengebumian mayat Orang Asli

 

Gambar dari Facebook Mohd Adree menunjukkan petugas berehat ketika mengusung keranda mayat Orang Asli yang menjadi mangsa COVID-19.

SEREMBAN: Berjalan kaki hampir sejam dengan mengusung keranda mayat COVID-19, menguji ketahanan mental dan fizikal tiga petugas kesihatan daerah Seremban, ketika menguruskan pengebumian mayat Orang Asli di Kampung Orang Asli Jeram Kedah, Lenggeng dekat sini, baru-baru ini.

Ketika matahari terpacak kira-kira 12 tengah hari, Mohd Adree Zuzalee Adnan, Sheikh Ezamli Sheikh Dolah dan Mohd Shahran Musa, bersiap sedia berpakaian lengkap alat perlindungan peribadi (PPE), bersama lima individu daripada pihak pengurusan mayat untuk menguruskan mayat pada Jumaat lalu.

Ebit Lew berjaya jejak kaki ke Gaza

 

Ebit Lew memaklumkan beliau dan rombongan berjaya masuk ke Gaza sebentar tadi. - Facebook Ebit Lew

Pendakwah terkenal, Ebit Lew berjaya memasuki Gaza, Palestin untuk meneruskan misi kemanusian dan mengagihkan bantuan kepada rakyat negara itu pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam Facebook beliau sebentar tadi.

Arab Saudi sasar jadi negara sumber kurma utama dunia


JEDDAH: Arab Saudi kini dalam usaha menjadi negara sumber kurma utama dunia menerusi kerjasama Pusat Nasional Palma dan Kurma (NCPD) serta Kementerian Alam Sekitar, Air dan Pertanian negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif NCPD, Dr Mohammed bin Al-Nowairan, berkata industri itu menyumbang kepada sektor eksport paling utama Arab Saudi menerusi eksport kurma ke 107 negara tahun lalu.

Warga emas 105 tahun lengkap dua dos suntikan

Mamat Mat Ali (kanan) dan isterinya Sharipah Samat (kiri) menunjukkan kad vaksinasi.- Foto NSTP/Hazira Ahmad Zaidi


KUALA KRAI: Seorang warga emas berusia 105 tahun lengkap menerima dua dos suntikan vaksin dalam Program Outreach Vaksinasi di Kampung Bahagia, di sini.

Mamat Mat Ali dianggarkan berusia lebih satu abad berdasarkan tanda bunga yang terdapat di kad pengenalannya, sebelum ini kisahnya pernah mendapat liputan media.

27 Jun 2021

Gambar permukaan planet Marikh yang diambil menerusi rover peneroka China, Zhurong. - Foto EPA


Makan di restoran dibenar pada fasa ke tiga PPN


KUALA LUMPUR: Makan di restoran hanya dibenarkan ketika bermulanya fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun terhad kepada dua orang satu meja dengan mematuhi penjarakan fizikal.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketika fasa itu juga, semua sektor pendidikan termasuk sekolah, institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, institut latihan kemahiran (ILK) dan institusi pendidikan lain akan mula dibuka.

Premis makanan dibenar beroperasi 6 pagi hingga 10 malam


3 bayi termasuk pasangan kembar tertukar, sedar selepas 20 tahun


Ayu Haryani berkata berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Noratirah (kanan) dilahirkan pada 1.14 pagi, diikuti Adryana Iwani (tengah) pukul 1.27 pagi dan kemudian Adryani Iwani (kiri) 1.34 pagi. (Gambar Bernama)

Bagaikan kisah dalam sinetron, dua keluarga terpaksa melalui kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lepas, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Haji: Arab Saudi hantar mesej kepada jemaah berdaftar

 


JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan mula menghantar mesej teks kepada individu lingkungan umur 41 hingga 50 tahun yang sudah mendaftar, bagi tujuan perolehan permit haji tahun ini.

Jumlah jemaah berdaftar kini mencecah 558,270 orang, dengan golongan berusia 41 hingga 50 tahun mencakupi 20 peratus daripada mereka yang sudah memperoleh kelulusan.

Dumpling atau Jiaozi

Dumpling atau juga dikenali sebagai Jiaozi, di mana kulitnya diperbuat daripada tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta herba.

'PKP dilanjutkan, bantuan menyusul' - Perdana Menteri

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuat kuasa tidak ditamatkan esok.

PKP 3.0: Keputusan lanjutan diketahui hari ini

Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bakal tamat 28 jun ini dilanjutkan atau sebaliknya bakal diketahui hari ini.

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bakal tamat 28 jun ini dilanjutkan atau sebaliknya bakal diketahui hari ini.

Status perkara itu dipercayai akan diketahui melalui pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Vaksinasi besar-besaran jalan keluar krisis pandemik


KUALA LUMPUR - Tahap jangkitan dalam masyarakat, kapasiti sistem penjagaan kesihatan awam dan kadar vaksinasi sewajarnya menjadi prinsip panduan atau penentu sebelum Malaysia memasuki fasa seterusnya mengikut Pelan Pemulihan Negara (PPN), iaitu strategi peralihan keluar krisis pandemik Covid-19 yang merangkumi empat fasa, menurut beberapa pakar ekonomi.

Mereka berpandangan meskipun jika petunjuk nilai ambang ini dicapai dan keadaan mencatatkan pengoperasian penuh, namun prosedur operasi standard (SOP) seharusnya menjadi amalan seluruh rakyat Malaysia, sekurang-kurang buat masa ini.

26 Jun 2021

(( LIVE )) SOLIDARITI UMMAH BANTAH SUHAKAM: ISU KAJIAN MENGIKTIRAF THIRD GENDER


Susulan tindakan Suhakam menjalankan satu kajian mengiktiraf 'third gender', Gerakan Pembela Ummah-UMMAH mengambil sikap tegas membantah dan menganjurkan solidariti bersama tokoh-tokoh tanah air.
Bantahan ini bertujuan meningkatkan kesedaran seluruh rakyat Malaysia agar bangkit bersama mempertahankan keharmonian, perlembagaan, dan agama tanah air.

Kerajaan bakal umum pemberian moratorium, i-Sinar.


SHAH ALAM - Kerajaan bakal mengumumkan dalam waktu terdekat mengenai pemberian moratorium dan i-Sinar dalam waktu terdekat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perbincangan sudah dilakukan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan agensi-agensi berkaitan.

Henti sebar khabar angin LTSAAS dijual

 Hantaran Kamaruzaman di Facebook

SHAH ALAM - Penyebaran khabar angin mengenai penjualan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) perlu dihentikan segera.

Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan menerusi kenyataan media telah menjelaskan bahawa LTSAAS kekal sebagai operator di bawah Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).

Keputusan STPM diumum 1 Julai


PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 akan diumumkan pada 1 Julai ini, demikian menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MPM berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka pada tarikh berkenaan mulai 12 tengah hari melalui semakan dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK.

Hari Dadah Antàrabangsa

Sindiket vaksin palsu di dua bandar India tumpas

 

MUMBAI - Polis India pada Jumaat melancarkan siasatan di dua bandar selepas mendakwa ribuan disuntik dengan vaksin palsu Covid-19.

Menurut pihak berkuasa di Mumbai, seramai 10 individu termasuk dua doktor di sebuah hospital swasta yang terlibat sindiket penipuan menyasarkan penduduk di kompleks perumahan kelas atasan di hab kewangan itu telah ditahan.