Mesti ramai di antara kita yang tidak makan peria kerana peria mempunya rasa pahitnya yang tersendiri. Kebiasaannya orang tidak gemar sayur yang pahit kerana ia mengganggu deria rasa mereka.
Tetapi sebenarnya ada beberapa petua mudah yang dapat mengurangkan rasa pahit daripada peria. Jom cuba petua mudah ini.
1. Garam kasar
Peria yang telah dihiris boleh digaul atau direndam dengam garam kasar atau garam halus. Biarkan selama 5 minit kemudian cuci dengan air yang bersih.
2. Air beras
Rendamkan hirisan peria di dalam air beras selama setengah jam untuk menghilangkan pahit peria kemudian basuh dengan air bersih.
3. Rebus peria
Rebuskan peria separuh masak kemudian toskannya lalu basuh dengan air bersih. Cara ini dapat menghilangkan pahit peria.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan