PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, minggu depan.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, ia bersempena dengan lawatan kerja rasmi julung kali pemimpin berkenaan ke Malaysia yang dijadual dua hari bermula 14 Disember ini.
“Lawatan itu dijangka memberi peluang besar kepada Malaysia dan AS bagi memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang di samping meneroka inisiatif baharu,” katanya di sini.
Beliau juga dijadual membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah di pejabatnya ketika melakukan program lawatan berkenaan kelak.
Wisma Putra menambah, kerjasama aktif dan berterusan itu merangkumi perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital dan ekonomi hijau, keselamatan siber serta pertahanan.
AS adalah antara rakan dagang dan pelabur utama Malaysia dengan sepanjang tahun lalu merekodkan nilai perdagangan dua hala yang berjumlah sebanyak RM178.18 bilion. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan