09 Disember 2021

Sultan Johor isytihar Majlis Bandaraya Pasir Gudang

 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat menyempurnakan Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), di Menara Aqabah, Pasir Gudang, hari ini.  Foto ihsan RPO

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat menyempurnakan Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), di Menara Aqabah, Pasir Gudang, hari ini. Foto ihsan RPO

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan berangkat menyempurnakan Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), di Menara Aqabah, Pasir Gudang, hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pada majlis itu, Sultan Ibrahim turut berkenan menyaksikan penyerahan suratcara oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kepada Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad sebelum baginda membacakan titah pengisytiharan.

Hadir sama, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan Datuk Bandar MBPG, Datuk Asman Shah Abd Rahman.

Terdahulu, Sultan Ibrahim turut berkenan merasmikan dan melawat Galeri Bandaraya Pasir Gudang.

Pada 22 November tahun lalu, Sultan Ibrahim berkenan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dinaik taraf dan diisytiharkan sebagai MBPG.

MBPG adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) ketiga di Johor yang diisytiharkan menjadi bandar raya, selain Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 1994 dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada 2017.

Kepesatan pembangunan Pasir Gudang sebagai Bandaraya Industri dan Pelabuhan dengan kelebihan mempunyai dua pelabuhan bertaraf antarabangsa, kemudahan prasarana menyeluruh yang mengutamakan kesejahteraan rakyatnya serta lengkap memenuhi syarat keperluannya.

BHARIAN.

Tiada ulasan: