Kerusi Parlimen Baling nampaknya semakin bergolak dan timbul keadaan tuduh menuduh yang memalukan. Hari ini Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Baling kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang mendakwa kononnya ada pihak memburuk-burukkan beliau dan mempertikai prestasinya sebagai wakil rakyat.01 Februari 2008
Mashitah Memang Tidak Buat Kerja
Kerusi Parlimen Baling nampaknya semakin bergolak dan timbul keadaan tuduh menuduh yang memalukan. Hari ini Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Baling kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang mendakwa kononnya ada pihak memburuk-burukkan beliau dan mempertikai prestasinya sebagai wakil rakyat.800 Ribu Penumpang Keretapi Terkadas Di Guangzhou
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah tiba di Guangzhou, ibu kota provinsi Guangdong pagi kelmarin dan meninjau pengangkutan awam dan bekalan barangan di sana dalam keadaan hujan. 31 Januari 2008
Mangsa Ribut Dizalimi
Kedatangan Menteri Besar Perak untuk menyampaikan bantuan di kawasan yang dilanda ribut dikaitkan oleh banyak pihak ada hubungan dengan sikap perihatin PAS lebih awal yang turun kelapangan dan menghulurkan bantuan segera berupa sedikit bantuan kewangan. Paling menyedihkan bantuan yang diberikan sangat sedikit dan tidak sama, malah tidak adil.Ribut Kencang Melanda Parit Buntar
PARIT BUNTAR (27 Januari). Lebih dari 50 buah rumah mengalami kerosakan dan 10 darinya mengalami kerosakan teruk dengan hilang sebahagian besar bumbung akibat kejadian ribut kencang yang melanda kampung Titi Serong dan Parit 80L di sini semalam.Dalam kejadian yang berlaku selama 15 minit itu yang bermula pukul 4.30 petand, hujan lebat dan guruh disusuli dengan ribut yang dahsyat melanda kawasan kejadian.
Menurut En Osman, 45 tahun dari Tebuk Haji Musa, inilah pengalaman yang paling dahsyat yang pernah menimpa dirinya dan keluarga. Semasa kejadian, dia bersama-sama isteri dan tiga anaknya berada di rumah. Menurut beliau ribut yang amat dahsyat berpusing semacam puting beliung berwarna hitam kelam kelihatan sebanyak tiga kali dari arah yang berbeza.
Dia mengarahkan anak-anaknya berhimpun di ruang tamu dan melaungkan azan sekuat-kuat hati sebanyak tiga kali sehingga tidak terkeluar suara lagi. Ribut itu menimpa rumahnya dan menyebabkan bumbung berterbangan. Walaubagaimana pun beliau melahirkan rasa bersyukur kerana tiada yang mengalami kecederaan dalam peristiwa itu. Semasa ditemui dirumahnya, beliau bersama-sama tiga anak lelakinya sedang mengumpulkan atap zink rumah yang keseluruhanya tercampak bersama-sama dengan rasuk bumbung yang dibawa oleh angin sehingga 100m ke dalam bendang.
PAS kawasan yang diketuai oleh Timbalan Ditertua, Ust Drs. Khalil Idham Lim, melahirkan rasa simpati dan keperihatinan PAS kawasan Parit Buntar sambil menghulurkan derma bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa ribut tersebut. Turut hadir sama dalam ziarah tersebut ialah beberapa orang pimpinan muslimat kawasan yang diketuai oleh Puan Rahmah.
Ustaz Idham Lim menasihatkan penduduk yang terbabit agar bersabar di atas dugaan yang menimpa yang mana setiap sesuatu yang terjadi ada hikmahnya. Menurutnya lagi bala yang diturunkan oleh Allah adalah disebabkan oleh kemungkaran dan maksiat yang dilakukan oleh segelintir manusia sambil merujuk kepada program seperti pertandingan keraoke di pusat bandar yang heboh diperkatakan oleh masyarakat sekitar yang melibatkan anak gadis melayu berpakaian seksi dan percampuran remaja lelaki dan perempuan.
Sementara itu YDP PAS kawasan Parit Buntar, Haji Haron pula melahirkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa ribut dan mengajak penduduk bersama-sama berdoa agar dijauhkan dari bala bencana yang menimpa. Beliau juga merayu kepada para dermawan agar dapat menghulurkan derma dan sumbangan untuk meringan kesusahan yang mereka alami.
Sumbangan derma boleh dibuat melalui Tabung Dana Prihatin Lajnah Kebajika PAS Kawasan Parit Buntar melalui akaun bernombor 0801-0000839-71-1 Bank Muamalat Malaysia Berhad di atas nama Jawatankuasa Dana JPR Parit Buntar.
Cerita Ribut Angin Di Parit Buntar
Pagi sabtu 26 Jan yang lepas saya keluar seawalnya sebelum subuh untuk kegiatan sebelah pagi macam biasa, Dari mesjid bergerak ke tempat kematian di Pt Hj Wahab dan dijemput dalam kenduri kesyukuran ditempat yang berdekatan.29 Januari 2008
Bantuan Ribut di Parit Buntar Yang Jadi Ribut
PARIT BUNTAR 28 jan ;- Setelah menunggu 3 hari sesudah peristiwa ribut yang berlaku di Sekitar Parit Buntar, akhirnya terjawab dengan kehadiran Menteri Besar Perak , Tajol Rosli untuk mmenyampaikan bantuan. Namun mengikut maklumat berlaku kekecohan dalam majlis penyampaian bantuan tersebut. Pelbagai cerita yang tidak sedap didengar sampai ketelinga kami sepanjang hari kami mengunjungi kesemua mangsa yang telah pergi ke majlis tersebut.
bersambung.....
Ujian Allah
Manusia pasti melalui pelbagai ujian dari Allah sebelum dia dikatakan betul-betul beriman. Ujian atau bala dari Allah mempunyai hikmat tersendiri yang perlu diperhatikan oleh setiap umat Islam.Mangsa Ribut di Parit Buntar
Dalam dua hari terakhir saya tidak sempat berada di depan komputer untuk update blog kesayangan.Mohon maaf kepada sahabat yang berkunjung ke blog ini dan mendapati tidak ada update yang baru.28 Januari 2008
Najib : Kita Tidur Sebantal Mimpipun Sama.
"Kita tidur sebantal, mimpi pun sama. Tetapi pembangkang mimpi lain-lain walaupun tidur sebantal. Macam mana pembangkang nak tadbir negara kalau tiada kata sepakat? Tapi BN kongsi kuasa (secara) bersama, sebab itu berjaya. Ucapan Najib di Felda Lubok Merbau, Kedah sebagai dipetik.26 Januari 2008
SPR Jawab Kenyataan Hishammuddin Mengenai Anwar.
Kelmarin dalam Akhbar Utusan Pergerakan Pemuda UMNO membidas Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sebagai angkuh kerana yakin akan tetap menjadi wakil rakyat dengan meminta calon parti itu yang memenangi PR umum ke-12 berundur bagi memberikan laluan kepadanya. Ketuanya, Hishammuddin berkata, PKR belum tentu mampu memenangi satu kerusi dalam PR umum akan datang, termasuk mempertahankan kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikuasai parti itu. Umat Terbaik
Umat Islam adalah umat yang terbaik yang di utuskan dikalangan manusia, khususnya umat Islam yang melengkapi peranan yang telah ditugaskan kepada mereka untuk memperjuangkan Islam dengan sesungguhnya. Perjuangan yang dilengkapi dengan dua unsur iaitu amal maaruf dan nahyi mungkar, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Kadar Pertumbuhan Ekonomi China 2007 Sebanyak 11.4%
Menurut berita CRI, Jabatan Pentadbiran Statistik Negara China hari ini di Beijing telah memaklumkan data awal operasi ekonomi kebangsaan China 2007.
Pada tahun 2007 lalu, Keluaran Dalam Negara Kasar China mencatat lebih 24 ribu bilion yuan RMB, iaitu meningkat 11.4% berbanding tempoh sama tahun 2006 dan kadar pertumbuhan ekonomi mencapai atau melebihi 10% dalam tempoh lima tahun lalu secara berturut-turut. Ketua Pengarah Jabatan Statistik Negara China, Xie Fuzhan menyatakan hari ini bahawa ekonomi China 2007 berkembang dengan stabil dan pesat, struktur ekonomi menjadi semakin unggul dan keefisienan juga meningkat.
Kestabilan ekonomi China dilihat kepada pengaruh kestabilan politik dalam negara China itu sendiri. Suasana poliitik Taiwan yang memihak kepada parti KMT yang lebih lunak hubungannya dengan China menambahkan lagi faktor pertumbuhan ekonomi rantau setempat.
25 Januari 2008
Tanda-tanda Kiamat.
Dari Anas ra., ia berkata: Rasulullah saw. Bersabda: "Sesungguhnya sebagian dari tanda-tanda kiamat adalah dihilangkannya ilmu, ditetapkannya kebodohan, diminumnya khamer dan nampaknya perzinaan."(HR: Bukhari)Taatlah Kepada Allah dan Taatlah Kepada Rasul
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاًPujukan Syaitan..

Manusia sering menghadapi pujukan dan godaan syaitan malah manusia pertama, Adam ’alaihissalam sendiri juga pernah mengalami kekalahan oleh pujukan syaitan. Adam yang telah diberitahukan oleh Allah untuk menikmati semua kelezatan surga, namun dilarang memakan buah Khuldi, terpedaya hatinya oleh pujukan dan tipudaya iblis. Akibatnya, nenek moyang dan Nabi kita itu bersama Siti Hawa dihalau keluar dari surga ,walaupun sudah memohon ampun kepada Allah dan menyesali perbuatannya.
Kisah-kisah tersebut memberikan pengajaran bagi kita bahwa, kalau ketahanan hati sudah runtuh oleh pujukan syaitan, ketahanan lain akan mudah roboh. Kecuali kalau iman yang boleh pasang dan surut sentiasa dijaga agar tidak mudah tergoda oleh syaitan. Apalagi Allah mengingatkan bahwa syaitan adalah teman baik bagi orang-orang yang tidak beriman.

