18 Rabiul Awwal 1431H.Semasa saya makan bersama selepas demonstarasi aman pagi tadi dengan Ahli dewan undangan Perak bagi kerusi Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dia telah dihubungi oleh wartawan Malaysiakini dan dengan dia keras menafikan khabar angin yang mendakwa beliau bakal meninggalkan PKR.Sebelum ini saya juga memaklumkan kepada beliau bahawa khabar angin dan fitnah yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab mengenai perkara tersebut.
Beliau membidas Umno yang didakwanya punca segala tohmahan dan berita palsu berkenaan."Saya menafikan sekeras-kerasnya saya akan keluar parti. Saya ingin beritahu Umno yang kami akan bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi menjahanamkan UMNO,” katanya .
Katanya lagi ini adalah taktik yang sengaja ditaburkan oleh Umno sebagai serangan psikologi untuk menggoncang Pakatan Rakyat, khusus PKR.Dengan penuh keyakin beliau mengatakan usaha itu akan gagal.
Beliau juga mendakwa sejak memenangi kerusi Kuala Kurau sejak dilantik Mac 2008, 'agen-agen Umno' sering kali cuba 'melamarnya' menyertai parti Melayu itu.
Sejak minggu lalu, blog-blog pro Barisan Nasional dan juga akhbar Cina menyiarkan spekulasi kononnya Yunus akan berpaling tadah.
Spekulasi semakin panas apabila MP Bagan Serai Mohsin Samsari mengumumkan tindakannya keluar dari PKR semalam.
Khabar angin ini sebenarnya terjaba salah apabila Yunus pagi ini juga terbabit dalam demonstrasi di pusat khidmat Mohsin yang ditutup hari ini. malah ia memberi ucapan yang bernas kepada semua yang hadir.
“Jika dia benar-benar berjuang untuk rakyat, dia (Mohsin) sepatutnya membuka pusat khidmatnya esok dan dia sendiri perlu mengendalikannya.” Katanya semasa berucap
Hampir 500 pengundi di Bagan Serai termasuk MP Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa ,ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan ADUN Selingsing, Hussain Din menyertai bantahan ini.