05 Mac 2010

Jangan takut dengar ceramah Pakatan Rakyat

18 Rabiulawal 1431H
Hashim Abdullah

KUALA KRAU, 4 Mac: Rakyat di negara ini tidak perlu takut mendengar ceramah politik yang dianjurkan Pakatan Rakyat kerana fungsi parti politik adalah untuk membela rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Berucap pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, di Felda Jengka 17, dekat sini, semalam, Tuan Ibrahim berkata rakyat perlu membebaskan diri mereka daripada resapan budaya Umno yang mahu rakyat terkongkong daripada mendapat maklumat secara bebas.

“Corak pentadbiran dan pengurusan pemerintahan Umno yang banyak menyeleweng menyebabkan negara kehilangan berbilion-bilion ringgit. Banyak isu yang belum selesai seperti isu PKFZ, kehilangan injin jet, stadium runtuh, kapal selam yang tidak boleh menyelam.

“Penyelewengan ini cuba ditutup dengan mereka mencipta berbagai isu bagi mengalih pandangan dan tumpuan rakyat. Mereka cuba tutup, maka sebab itu rakyat kena hadir ceramah bagi mendapatkan maklumat yang tidak mampu didedahkan media. Rakyat termasuk orang Umno tak perlu takut hadir ceramah. Tak perlu takut pada orang politik kerana tugas orang politik untuk membela dan menjaga rakyat,” katanya.

Turut berceramah ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Sharil Azman dan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Harakahdaily.net/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kmi sbg pljar dgree d ipta pn rsa trknkong bla nk dgr crmah PR..prsaan ni trasa bla phak krjaan gnakn saluran ipta utk brkmpen mnyokong mreka..kmi sbg stdent mmpnyai pmikiran yg xmudh utk mmprcyai ssuatu bnda..jd kmi prlu mndgr d kdua2 blah phak bru leh tntukn kbnaran..bla nk g je dpt tau yg ada spy kt tmpat cramah..so kmi trpksalh gna salurn blog la ape la utk mngtahui kbnaran..tp kmi akn bg skongn pd PR bla PRU-13 wlaupn xdpt mnghdiri crmah..jgn rsau trhdap pmiran org muda..

Tanpa Nama berkata...

kami gitu jugak solat hajat dan doa mohon kemenangan perjuangan2 menegak ugama Allah,beri pertolongan kepada orang terinaya,teruskan perjuangan,Ya Allah beri keinsafan kepada puak2najis