05 Mac 2010

APA NAK JADI PELAJAR KITA

18 Rabiulawal 1431H
OLEH: JJ ANAK DESA (joharapat.blogspot.com)

Cerita tentang pelajar sekolah sekolah melakukan perbuatan tidak bermoral terutama bercunbu-cumbuan dengan temam lelaki bukan satu cerita yang anih. Malah sudah ramai pelajar perempuasn di sekolah menengah mahupun di IPT yang sudah mengadakan hubungan seks dan akhirnya mengandung anak luar mnikah.

Apa hendak jadi dengan pelajar kita sekarang ini, nafsu mengatasi segala galanya. Mereka tidak takut pada dosa. Mereka tidak dengar nasihat ibubapa lagi. Bagi mereka teman lelakinya adalah segala galanya. Oleh kerana sejambak budi tergadai `body'. Sudah terlanjur baru hendak ternadah, nasi sudah jadi bubur, perut sudah mula membuncit, apa hendak dikata, salah sendiri.

Baru baru ini cerita seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun di Hulu Terangganu yang melakukan hubungan seks lebih 20 kali sejak November tahun lalu dengan teman lelakinya, bekas penagih dadah mengundang padah apabila dia kini disahkan mengandung 12 minggu.

Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Sipol, tampil membuat laporan polis mengatakan dia dirogol pada 27 Februari lalu oleh buah hatinya berumur 27 tahun, yang juga adalah Orang Kena Perhatian oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah berdasarkan laporan, mangsa keluar rumah Sabtu lalu, kira-kira jam 11 malam untuk berjumpa teman lelakinya di Kampung Kepah dan pertemuan itu menyebabkan dia dirogol sebanyak dua kali.

¡§Kejadian itu diketahui ibu mangsa kira-kira jam 11.30 pagi keesokan harinya (Ahad) yang kemudian memaksanya membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan. Namun, hasil siasatan awal mendapati mangsa sebenarnya telah melakukan hubungan seks secara sukarela lebih 20 kali,¡¨ katanya.

Ini semua berkisar kepada soal cinta, jatuh cinta, betullah kata orang tua tua bila jatuh cinta tak kenal botol kicap dan botol cuka. Bila hati sudah sayang, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Cinta memerlukan pengorbanan, kerana itu mereka sanggup korbankan body dan maruah demi cinta sejati.

Pelajar perempuan ini terlalu mudah dipujuk rayu, di samping mereka mungkin juga terpengaruh dengan filem filem yang menonjolkan adigan yang tidak sepatutnya. Mungkin juga mereka terancang dengan video video lucah yang ditonton bersama pasangan kekasih mereka kerana sekarang video video lucah ini mudah diperolehi.

Ibubapa tidak harus dipersalahkan 100 peratus kerana masa pelajar ini lebih banyak di luar dari di rumah. Macam mana ibubapa hendak kawal sedangkan pengaruhi di luar dan pengaruh kawan kawan lebih mengatasi pengaruh ibubapa. Mereka lebih dengar kata kata kawan rapat atau kekasih mereka dari ibubapa mereka sendiri. Kalau hati sudah suka, ke mana pun mereka sanggup pergi

Inilah padahnya bila sudah terlalu sayang kepada teman lelaki, mereka sanggup tinggalkan ibu bapa. Tidak sekadar ini, mereka sanggup melakukan perzinaan atas dasar suka sama suka. Mereka kata suka sama suka tak apa, tetapi bila perut sudah membuncit baru tahu apa akibatnya.

Didikan agama dari awal penting dalam menghindari perkara jijik begini, tetapi didikan agama juga tidak mampu mencegah perkara ini jika faktur faktur luaran tidak dikawal. Kerajaan perlu memastikan suasana di luar tidak mengundang kepada gejala maksiat, program program yang mungkar perlu disekat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan juga perlu dikawal, melalui pergaulan bebas lelaki dan perempuan inilah yang akan mendorong kepada gejala maksiat.

Kerana Islam Islam menekankan kepada `jangan hampiri zina', maknanya perkara perkara yang mendorong kepada zina perlu dibenteras dan disekat, jika perzinaan akan berluase, kesannya banyaklah anak luar nikah. bayi disampakkan dalam tong sampah.

Sudah lebih 50 tahun BN memerintah negara ini, gejala perzinaan, anak luar nilah makin bertambah. Hukuman mengikuti undang undang Islam tidak dijalankan oleh pemerintah. Jika gejala perzinaan dan buang bayi serta anak luar nilah bertambah dari hari ke sehari hari, Kerajaan BN perlu dipersalahkan kerana tidak berusaha untuk menyekatnya menerusi undang undang Islam.

Ingatlah tangan yang memakah kertas undi itu bagi menentukan kerajaan mana yang berkuasa juga menerima saham akibat tidak terlaksananya peraturan Islam di negara ini kerana mereka memberikan kuasa kepada pihak yang tidak mahu melaksanakan peraturan tersebut.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Jangan terlalu mengkritik wanita. Sila sulami dan lihat, bagaimana gelagat kaum lelaki?

Dari kecil lagi, ibubapa terlalu manjakan anak lelaki. Ketua keluarga, kata mereka dan dibiarkan bebas.

Apa yang lelaki buat, walaupun salah, ibubapa akan tutup sebelah mata. "Dia orang lelaki, tak mengapa".

Apa yang lelaki belajar? Adab kesopanan dan tingkah laku? Saling hormat menghormati? Hormat Ibu adalah. Hormat wanita? Ada?

Daripada gelagat kenalan, ramai lelaki yang menganggap wanita umpama barang. Boleh dijual beli dan dibuat sesuka hati. Masa nak bersuka ria, ambil! Bila dirasa menyusahkan, buang! "Apa susah, wanitakan ramai", Itu di antaranya.

Mengapa? Sebab "Dia seorang lelaki, punya kuasa untuk buat sesuka hati"?

Fikirkan tentang kawan saya ini: Dia seorang bapa, mengajar anak remaja lelaki berukur 13 tahun: "Kalau kau rasa terangsang, tak apa, kau cari saja janda-janda yang ada dan kau belasah. Nanti ayah carikan kau bini yang baik dan bila masanya, kau kawin"

yohani99

Tanpa Nama berkata...

Salam to all Muslim,
Inilah hasil dpd dasar tranformasi pendidikan negara. Mementingkan kuantiti dpd kualiti. Jabatan pendidikan hanya nampak gah di segi slogan. Macam2 slogan depa guna. Tapi indah irama dari senikata, cantik kulit dari isi. Sepatutnya, PPD tak perlu ujud, buang duit saja. Centralised kat JPN & Kementerian saja, itu lebih baik. Lagi satu, Jabatan Pendidikan ni terlalu banyak dia punya birokrasi berbanding lain2 Jabatan Kerajaan. Macamana anak2 murid nak jadi elok, kalau resit yuran sekolahpun, dua bulan baru dpt! Langsung tak efesyen. Tak berbaloi dgn badget Kementerian yg di bazirkan. Cikgu la ni plak saling tak tumpah sama dgn Photostat Machine. Aku cadangkan gaji semua guru di potong setengah tiap2 bulan. Termasuk gaji aku !!

Unknown berkata...

salam YB. nak pinjam artikel ini harap dihalalkan ya.

Tanpa Nama berkata...

yohani99 dan tanpa nama 6:40pm...berfikir masak2 seblm melontarkan buah fkrn....

Tanpa Nama berkata...

"Agama rakyat adalah agama pemerintahnya". Agak-agaknya trend rakyat yang suka berzina ini ikut trend pemerintahnya jugalah kiranya.

Tanpa Nama berkata...

'terima kasih' kepada sesapa yg sentiasa, setia dan tidak jemu2 mengundi UMNO dan Be_End dlm PRU....malah mem'pertahankan' dengan keris lembik...undilah 'menatang' nie lagi utk mendapat hasil yg macam ni ;P