05 Mac 2010

Lagenda Pedang Ekor Ikan, Seni Silat Etnik Hui (1)

18 Rabiulawal 1431H

Pedang ekor ikan bukan sahaja nama bagi sejenis seni silat, malah ia adalah sejenis senjata. Pedang ini selalunya diperbuat daripada gangsa atau besi. Pedang ekor ikan yang mempunyai sejarah lama ini telah disenaraikan dalam program warisan budaya bukan benda peringkat Wilayah Autonomi Hui Ningxia.

Encik Wang Liang, seorang jurulatih seni silat etnik Hui yang terkemuka Ningxia. Sejak berumur enam tahun, beliau sudah mula belajar seni silat daripada ayahnya, Allahyarham Wang Xinwu, merupakan seorang tokoh seni silat etnik Hui yang terkenal di China. Encik Wang Liang menceburkan diri dalam jurusan seni silat Akademik Fizikal Shanghai pada tahun 1986. Beliau telah melepaskan sahaja peluang untuk menjadi guru seni silat di Shanghai setelah tamat mempelajari seni silat tersebut pada tahun 1990. Sebaliknya beliau kembali ke Ningxia untuk mengembangkan seni silat etnik Hui seperti mana yang pernah disarankan ayahnya. Beliau merupakan lulusan universiti jurusan seni silat yang pertama di Ningxia pada masa itu. Bermula pada tahun 1999, beliau mengumpul dan memulihkan beberapa jenis seni silat etnik Hui seperti seni silat pedang kuda dan seni silat pedang ekor ikan dengan bantuan ayahnya. Beliau telah beberapa kali menyertai pertandingan seni silat kebangsaan dan memenangi pelbagai hadiah.

Menurut cerita, pada asalnya pedang ekor ikan merupakan senjata yang digunakan oleh askar-askar pada zaman kuno. Walaupun pergerakan pedang tersebut tidak sebanyak pergerakan pedang lain, namun pergerakan pedang ini amat pantas.

Terdapat sebuah lagenda mengenai pedang ekor ikan ini. Dikatakan Nabi Muhammad mengepalai bala tentera untuk pergi berperang dan telah mencapai kemenangan dalam usaha untuk merealisasikan kemerdekaan dan kesamarataan di dunia. Untuk memperingati jasa-jasanya, penghulu malaikat, Jibra'il memasukan sebatang pedang ke dalam sebuah batu besar dan berkata bahawa siapa yang boleh mencabut pedang tersebut dari batu besar itu, maka dia boleh beristerikan Fatimah. Dengan itu, ramailah pahlawan yang datang dari pelbagai tempat dengan sedaya upaya mereka untuk mencabut pedang dari batu besar itu, malangnya pedang itu langsung tidak bergerak walau sebesar zarah pun.

Panglima Ali juga cuba untuk mencabut pedang tersebut. Tetapi beliau sebenarnya tidak berhasrat untuk berkahwin dengan Fatimah. Sebab itulah beliau tidak menggunakan sepenuh tenaganya untuk mencabut pedang tersebut. Tetapi apa yang terjadi di luar dugaannya, pedang itu terkeluar dari batu besar tersebut. Maka Ali dengan cemas memasukkan semula pedang itu ke dalam batu itu. Ketika beliau menyentuh batu tersebut, hujung pedang itu tiba-tiba pecah menjadi dua bahagian dengan bentuknya seperti ekor ikan. Setelah peristiwa itu, Ali banyak menabur jasa dengan menggunakan pedang tersebut. Generasi-generasi selepas itu menamakan pedang tersebut sebagai pedang ekor ikan yang juga dikenal sebagai pedang Ali.

Wang Liang mendengar lagenda tersebut daripada ayahnya. Namun, beliau tidak pernah melihat sendiri pedang ekor ikan yang sebenarnya. Selain itu, belum terdapat catatan mengenai bagaimana untuk menggerakkan pedang ekor ikan. Beliau berkata: "Jarang terdapat orang yang pernah melihat pedang ekor ikan. Hanya terdapat seorang sahaja warga emas yang pernah menunjukkan sebatang pedang ekor ikan kepada anak dan cucunya."

Orang etnik Hui yang bersifat berani dan berminat membuat latihan fizikal melalui pelbagai cara. Sejak zaman dahulu lagi, terdapat adat istiadat seni silat dalam kawasan kediaman etnik Hui. Mereka sering berkumpul di suatu ruang yang luas untuk menjalankan latihan seni silat sambil berbincang mengenai cara pergerakan silat dan bertarung diantara satu sama lain sebagai latihan selepas berjemaah di masjid pada waktu pagi atau malam.

Pada pertengahan tahun-tahun 1980-an, projek mencari dan mewariskan seni silat tradisional etnik ini dilaksanakan di pelbagai tempat di seluruh negara. Semasa projek tersebut berlangsung, banyak jenis seni silat etnik Hui dapat disaksikan seperti Taici Bagua Muslim, Siku 18 dan Pedang Ekor Ikan yang hampir pupus dapat diselamatkan dan diwariskan.

Kebanyakan seni silat etnik Hui mempunyai ciri etnik Hui yang beragama Islam. Misalnya aksi-aksi dalam pergerakan seni silat tersebut sama seperti aksi ketika bersolat. Selain itu, sebelum berlatih bermain pedang ekor ikan, mereka terlebih dahulu mendirikan solat.

Untuk mewariskan seni silat Pedang Ekor Ikan, Wang Liang bersungguh-sungguh mencari, mengumpul dan mengemas program seni silat yang bersejarah lama ini.

CRI/-

1 ulasan:

Rozaimi berkata...

GLOBAL BUSINESS ANDA!!! FREE MEMBER ! FREE DELIVERY!


http://www.bio-asli.com/bioasli/bioasli.asp?id=zromiia