05 Mac 2010

Mohsin hadapi solat hajat 7 hari 7 malam

Semalam saya menghubungi Ust. Ahmad Awang beberapa minit setelah saya mendapat makluman MP Bagan Serai, Mohsin keluar PKR dan masuk bebas. Bermula dari situ kami berbalas talifon sehingga yang terakhir sebelum Maghrib dan Ustaz mengatakan dia akan menghubungi wartawan malaysiakini yang sering dia hubungi bernama Jimadie untuk memberikan kenyaraan rasminya. Berikut ini adalah petikan kenyataan beliau yang telah diterbitkan oleh malaysiakini hari ini.

Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu semalam, Mohsin (kanan) dilaporkan berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran dalaman tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan oleh PAS negeri, Ahmad berkata ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.

Bagaimanapun, tambah Ahmad, beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.

Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.

Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.

“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad. malaysiakini/-

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi tadi , saya bersama dengan sekitar 500 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nahhhh...kauk Hj Tampirai
Burut hantalor mo......
Buncit parot mo......
Hirot muha mo kaya wareq.......

7hari-7mlm kami sebarataan handaq maulah sembahyang hajat.

Tanpa Nama berkata...

ALHAMDULILLAH, AGAR SEMUA ORANG PURA-PURA/ MUNAFIKIN YANG BERADA DALAM PR KELUAR MENYATAKAN PENDIRIAN SEBELUM PRU 13, SUPAYA PEMBERSIHAN SPESIS KATAK YANG MASIH ADA DALAM PR DAPAT DILAKUKAN. INGATLAH WAHAI ANAK CUCU ADAM KHUSUSNYA UMAT MUHAMMAD BAHAWA ORANG MUNAFIK ITU DITEMPATKAN DALAM NERAKA YANG PALING BAWAH SEKALI. MARILAH KITA MUHASABAHKAN DIRI KITA. WALLAHUALAM

Tanpa Nama berkata...

apa pasai 7 hari je. buat lah 99 hari. biarkan adun dan ahli parlimen gementar sikit...baru depa takut...

Tanpa Nama berkata...

rasanya tak patut dibuat untuk monyet tu je, kalau dibuat sekali untuk monyet2 yang lain macam si zaharin lahanat, sallehudin lahanat, fairus lahanat and mana-mana haramjadah lagi yang melompat tu, kasi ajar sikit sama itu bangsat dan pengkhianat bangsa tu

Tanpa Nama berkata...

teruskn perjuangan kerana Allah

Tanpa Nama berkata...

Suatu ketika dahulu, ada penguasa yang zalim apabila diancamkan dengan Pedang Malam, mereka takut dan menghentikan kezaliman mereka.

Sekarang aku nak tengok orang zalim zaman sekarang, sama ada mereka akan takut atau tidak dengan ancaman Pedang Malam.

azhar berkata...

Salam...harap kita minta petunjuk Allah agar Mohsin ini berada semula dalam perjuanganNya , mungkin beliau ada masalah tersendiri..tahujelah regim Najib AlTonya..sangat licik..niat kita agar beliau sedar dan melepaskan jawatan untuk rakyat..janganlah mohon kecelakaan padanya..lebih baik beliau letak jawatan serah kepada rakyat...itu yg terbaik...